Mangsa kemalangan di MRR2, Allahyarham Tengku Ahmad Faiz sempat hantar SMS kepada abang - pakdin.my

 

kemalangan-maut-satria-viva-swift-MRR2Seorang mangsa kemalangan meragut empat nyawa berhampiran Bukit Antarabangsa semalam, Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada abangnya untuk makan malam bersama sebelum kejadian.

Kakak saudara Tengku Ahmad Faiz, Hind Ismail, 24, berkata, mangsa sempat menghantar SMS tersebut kepada abangnya, Tengku Ahmad Bahrizal, 39, yang menetap di Bukit Antarabangsa pukul 5.30 petang semalam sebelum mereka pulang ke Terengganu.

“Mangsa ketika itu baru pulang melawat anak saudaranya yang sakit demam kuning di Hospital Ampang dan hendak makan malam bersama abangnya sebelum terbabit nahas itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, sepasang suami isteri dan dua orang sepupu mereka maut selepas kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 23.1, Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) arah Hulu Klang berhampiran Bukit Antarabangsa.

Mangsa yang maut ialah pemandunya, Hasbullah Abd. Ghani, 26, dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22. Dua lagi ialah sepupu Nurul Intan Syahida iaitu Tengku Ahmad Faiz dan Asma Ismail, 22.

UTAMABERITAMangsa kemalangan di MRR2, Allahyarham Tengku Ahmad Faiz sempat hantar SMS kepada...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium