Mayat Abdul Karim Ahmad Taufik mangsa keempat yang lemas di Tasik Pedu, Kedah Ditemui - pakdin.my

Mayat Abdul Karim Ahmad Taufik mangsa lemas di Tasik Pedu Ditemui

Mayat mangsa keempat yang lemas di Tasik Pedu, Kedah semalam berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat, pagi tadi.

Mangsa, Abdul Karim Ahmad Taufik, 36 tahun ditemui terapung tidak jauh dari lokasi mangsa kedua dan ketiga ditemui semalam.

Penolong Penguasa Bomba Kedah, Safuwan Md Saad memaklumkan operasi mencari dan menyelamat disambung jam tujuh pagi tadi menggunakan tiga buah bot penyelamat.

Mayat Abdul Karim ditemui kira-kira jam 7.15 pagi, dan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Nerang, untuk bedah siasat.

Semalam, kegembiraan empat keluarga yang berkelah di Tasik Pedu, bertukar tragedi apabila empat daripada mereka lemas.

Kejadian berlaku apabila tiga dari mangsa, Siti Hajar Azmi, Siti Nur Afliana Yahaya dan Siti Nur Hafiza Yahaya, yang sedang bermain di atas pelantar di tepi tasik itu hanyut dan jatuh ke dalam tasik selepas dipukul ribut.

Cubaan mangsa keempat, Abdul Karim menyelamatkan ketiga-tiga mangsa itu, bagaimanapun gagal, sebaliknya dia turut lemas.

 

UTAMABERITAMayat Abdul Karim Ahmad Taufik mangsa keempat yang lemas di Tasik Pedu,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium