Statistik Corona

Malaysia
2,436,498
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
2,334,783
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
73,223
Active
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
28,492
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

Thailand

Thailand
1,866,863
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Thailand
1,749,848
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Thailand
18,865
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

Global

All countries
244,814,869
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
All countries
220,231,865
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
All countries
4,970,127
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

Mayat pencari emas tertimbus lagi, bomba teruskan kerja mencari

BAU — Operasi untuk mengeluarkan mayat lelaki yang tertimbus dalam sebuah lubang ketika melombong emas secara haram di Gunung Tabai di sini yang disambung semula pagi tadi berdepan cabaran apabila lokasi mayat ditemukan semalam didapati tertimbus lagi oleh batu yang runtuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Tawang Lingem berkata lubang atau terowong yang digali mangsa sendiri didapati tertimbus lagi pagi ini dan bomba terpaksa memanggil abang mangsa yang membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat mangsa semalam, untuk mengenal pasti lokasi terowong itu.

Mat Tapa, 25, dari Kampung Bijure di sini, ditemukan tertimbus di bawah runtuhan batu di gunung itu oleh pasukan SAR kira-kira 4.30 petang semalam.

Mangsa dipercayai tertimbus di dalam terowong yang digalinya sendiri dengan tujuan untuk mencari emas di dalam gua itu, sementara dua lagi rakannya yang turut terperangkap dalam celahan batu yang runtuh berjaya diselamatkan dalam kejadian yang berlaku pagi semalam.

Tawang berkata lokasi mangsa ditemukan semula kira-kira 12.10 tengah hari tadi dan tiga anggota yang memasuki terowong berkenaan telah diarahkan keluar semula kerana tidak yakin dengan kestabilan tanah dan batu di sekitar kawasan itu.

“Gerakan untuk mengeluarkan mayat akan dilakukan jika keadaan diyakini selamat,” katanya kepada Bernama.

Difahamkan, tiga lelaki itu pergi ke Gunung Tabai sejak Selasa lepas untuk melombong emas di dalam gua di kaki gunung dan mereka dikatakan menggali terowong yang dianggarkan sedalam 80 meter dan struktur terowong itu tidak stabil menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar.

Gua itu adalah kawasan larangan selepas beberapa insiden kemalangan membabitkan pencari emas berlaku sebelum ini.

Sementara itu, operasi menyelamat yang disambung sejak 8 pagi itu disertai 14 anggota bomba dan penyelamat, empat anggota polis, lapan pegawai Jabatan Hutan Sarawak dan 93 penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon turut berada di lokasi kejadian. — Bernama

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021