Mengaku Tidak Bersalah Pandu Secara Melulu Menyebabkan Kematian Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi Di Jalan Johor Bharu – Mersing (video) - pakdin.my

kemalangan-jalan-johor bharu-mersing

kemalangan-jalan-johor bharu-mersing-2Di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor, seorang pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal berkuasa tinggi, Jalan Johor Bahru – Mersing Ahad lalu.

Majistret Mazana Sinin kemudian menetapkan jaminan RM 7,000 dengan seorang penjamin terhadap Irfan Ismail, 54 tahun.

Irfan didakwa memandu lori tangki bernombor pendaftaran NCF 3337 secara berbahaya hingga mengorbankan Abdul Rashid Mansor, 48 tahun dan Mohamad Hisham Salleh, 36 tahun dalam kejadian jam 12.30 tengahari, 30 Jun lalu.

Tertuduh yang kini menetap di Pasir Gudang, Johor didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih 20 ribu ringgit.

Dalam kejadian itu, Abdul Rashid dan Mohamad Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga yang lain cedera.

Kes akan disebut semula 17 Julai ini.

 

UTAMABERITAMengaku Tidak Bersalah Pandu Secara Melulu Menyebabkan Kematian Penunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium