loading...
loading...
Loading...
Home / :: BLOG :: / MENINJAU KESELAMATAN KAMPUNG TANDUO #LahadDatu
Surau di Kg Tanduo yang mula-mula sekali dilalui oleh lelaki bersenjata Sulu pada 12 Februari.

MENINJAU KESELAMATAN KAMPUNG TANDUO #LahadDatu

Gambar hakmilik PDRM Klik sini untuk Facebook PDRM
Gambar hakmilik PDRM
Klik sini untuk Facebook PDRM

 

FELDA SAHABAT, 26 Mac – Penduduk Kampung Tanduo akan dibenarkan pulang selepas berakhirnya penilaian yaang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah serta Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Kampung Tanduo menjadi terkenal kerana ianya adalah lokasi pertama pendaratan pencerobohan militan pada 12 Februari 2013 dan sehingga kini, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia masih melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari selatan Filipina itu.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zulkifli Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat dan juga Pegawai-pegawai Kanan dari PDRM dan ATM telah melawat persekitaran kawasan Kampung Tanduo, pada pagi tadi.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Majlis Daerah Lahad Datu.

(Visited 8 times, 1 visits today)

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...