Statistik Corona

Malaysia
2,112,175
Confirmed
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
Malaysia
1,880,733
Recovered
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
Malaysia
207,698
Active
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
Malaysia
23,744
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,192,695
Confirmed
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
Indonesia
3,996,125
Recovered
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
Indonesia
140,634
Deaths
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am

Thailand

Thailand
1,489,186
Confirmed
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
Thailand
1,341,144
Recovered
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
Thailand
15,469
Deaths
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am

Global

All countries
229,762,472
Confirmed
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
All countries
204,694,061
Recovered
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am
All countries
4,711,692
Deaths
Updated on September 21, 2021 00:58 12:58 am

#MH370: Hishammuddin Nafi Laporan Akhbar Tempatan

MH370-hishamuddin-pc-28032014-gs

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.

“Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak di sini, Sabtu.

Menurutnya sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau pengesahan dengan pihak lain.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan membuat liputan atau laporan yang tidak berasas.

Hishammuddin berkata pasukan penyiasat menerima pelbagai petunjuk di Laut China Selatan termasuk mengenai imej satelit oleh China, penemuan jaket dan bot keselamatan serta tumpahan minyak yang kononnya berkaitan dengan MH370 menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas dari Laut China Selatan ke Laut Andaman dan kini di Lautan Hindi.

“Kita terima macam-macam petunjuk dan kita mengikutinya tetapi malang ia adalah hanya ‘roller coaster ride’, di mana kita terima maklumat dan siasat tetapi ia tidak berasas,” jelasnya.

Beliau berharap orang ramai memahami apa yang pihaknya sedang lalui kerana maklumat tidak berasas bukan sahaja menjejaskan operasi tetapi juga memberi ksan kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-22ER itu hilang daripada radar kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong mengetuai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat hajat bagi keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Beliau berkata penganut Buddha dan Hindu di Parlimen Semberong turut mengadakan upacara keagamaan masing-masing bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang R. Vidyanathan dan anggota DUN Paloh Teoh Yap Kun mengetuai upacara itu bagi penganut agama masing-masing.

Berkaitan