28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

#MH370: PM Australia Maklumkan Najib Tentang Objek Dikesan

Tony Abott
Tony Abott

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya di Australia Tony Abbott memaklumkan tentang penemuan dua objek oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Najib berkata, Abbott memberitahu beliau objek itu akan diambil dalam beberapa jam lagi.

“Baru terima panggilan daripada PM Australia Tony Abbott. Dua objek yang dikesan akan diambil dalam beberapa jam lagi,” kata Najib menerusi mesej tweeter pada Isnin.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini berhubung operasi mencari yang dimuat naik dalam laman webnya, berkata objek itu dikesan pesawat P3 Orion RAAF dan kapal HMAS Success yang kini berada di lokasi untuk mendapatkannya.

Laporan itu menyebut objek berkenaan dikesan di kawasan pencarian kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth kira-kira 2.45 petang Waktu Siang Timur Australia (AEDT).

Najib turut menyuarakan penghargaannya kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang turut menghubungi beliau untuk menyatakan keprihatinan dan menawarkan bantuan dalam mencari MH370.


“PM Turki Erdogan telefon. Saya ucap terima kasih kepada beliau atas keprihatinan dan bantuan yang ditawarkan,” katanya.

MH370 dalam penerbangan ke Beijing, China hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi pada 8 Mac di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, 49 minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Cabaran SAR di Selatan Lautan Hindi

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...