25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

#MH370: Pusat Media Dipindah Ke PWTC Bermula Ahad

MH370-pwtc-sidang-media

Pusat media bagi petugas yang membuat liputan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkuat kuasa esok, menurut Kementerian Pengangkutan pada Sabtu.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di sini berkata langkah itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 minggu ini.

“PWTC dipilih bagi penempatan semula itu disebabkan kemudahan dan ketersediaan bilik hotel di kawasan berhampiran yang dapat memenuhi keperluan media,” menurut kenyataan kementerian.

Persidangan media baharu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, di Aras 2 PWTC dan tempat bekerja petugas media pula terletak di Dewan Mawar, Aras 2.

Petugas media boleh memulakan operasi dari 3 petang esok dan mereka dinasihati supaya melakukan urusan yang perlu.

Persidangan media harian diadakan di Hotel Sama-Sama berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak hari pertama kehilangan pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...