26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

MP Labuan Sangkal “Kisah Pengundi Hantu” DAP

Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal menyangkal “kisah pengundi hantu” DAP.

Beliau menyelar parti pembangkang itu kerana membuat dakwaan tidak berasas kononnya daftar pemilih di Labuan mengandungi pengundi hantu dan telah meninggal dunia.

Katanya pembangkang patut tampil dengan bukti konkrit dan membuat laporan polis serta merta dan bukannya mempolitikkan isu itu.

“Labuan adalah satu daripada kawasan Parlimen yang mempunyai daftar pemilih yang bersih. Tiada elemen pengundi hantu atau telah meninggal dunia.

“Saya, secara peribadi, bersedia mengiringi pemimpin DAP untuk membuat laporan polis (berhubung dakwaan pengundi hantu dan telah meninggal dunia),” kata Yussof kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya Suruhanjaya Pilihan Raya arif mengenai perkara itu dan boleh mengesahkan kebenarannya dan menyelesaikan perkara itu.

Pada 12 Ogos, pengerusi DAP Labuan, Lau Seng Kiat mendakwa nama lebih 100 orang, berusia lebih 100 tahun dan lainnya yang berumur dalam lingkungan 70-an, 80-an dan 90-an berada dalam daftar pemilih terbaru Labuan.

Beliau mendakwa menerima senarai itu daripada Pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Cheu semasa Dr Hiew mengadakan seminar ejen pilihan raya di Labuan baru-baru ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.