25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Muhyiddin Tiada Prinsip Bertanggungjawab

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang tiada prinsip bertanggungjawab ketika membahaskan Bajet 2017 di persidangan Dewan Rakyat Rabu.

Annuar berkata hujahan bekas timbalan perdana menteri itu khususnya berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bertentangan dengan kenyataan beliau semasa masih berada dalam Kabinet.

“Beliau menghuraikan membuat teguran tertentu ketika dalam Kabinet.

“Bagaimanapun sepanjang pengetahuan saya, semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (Umno), dalam majlis rasmi atau tidak, Muhyiddin tidak pernah bersuara secara tegas dan banyak membisu mengenai banyak isu yang diutarakan sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Annuar turut melahirkan kekecewaan dengan sikap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu yang tidak memberi laluan kepadanya untuk mencelah bagi membuat penjelasan mengenai dakwaan yang telah dibangkitkan itu.

“Sebahagian besar ucapannya tadi hanya dibuat setelah dipecat daripada parti dan pendirian itu selepas beliau berada bersama pembangkang.

“Malah, sampai ke sudah beliau memilih monolog dan itu tidak menggambarkan sifat seorang anggota Parlimen yang baik,” katanya.

20161026-muhyiddin_yassin

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan