26 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Muktamar Tahunan PAS: Haron Din Ingatkan Tragedi PAS Kelantan Jatuh

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengulangi kesilapan lalu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1977 akibat pertikaian politik dikalangan pemimpin parti itu. Menurut Haron, tindakan PAS ketika itu untuk memecat Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir membawa kepada penentangan segelintir pemimpin parti itu. Akibat tindakan itu, Kelantan diisytihar darurat. Haron yang memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada waktu itu antara sebahagian daripada pemimpin parti menentang keputusan untuk menyingkirkan bekas Menteri Besar Kelantan itu. “Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu… cadangan itu ditentang oleh sebahagian pemimpin iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri. “Kami bergaduh dalam mesyurat itu dan akhirnya jawatankuasa menerima pemecatkan Menteri Besar Kelantan itu. Sebut terima saja keputusan itu bangun Ustaz Ali Taib mengisytiharkan melepaskan kesemua jawatannya,” katanya ketika ucapan penggulungan di sini, Ahad Bagaimanapun beliau berkata, Muhammad enggan melepaskan jawatan ketika itu sehingga membawa kepada berlakunya huru-hara di negeri Kelantan dan diisytihar darurat. Jelas beliau, peristiwa itu menyebabkan PAS kehilangan kerajaan di Kelantan, dua tahun selepas darurat ditarik balik dan pilihan raya umum diadakan PAS gagal untuk mendapatkan kembali Kelantan selain tewas teruk dengan hanya menang di dua kerusi saja.

“Saya minta supaya perkara ini jangan berulang lagi… pemecatan itu menimbulkan krisis kepemimpinan besar. Saya masa itu turut pergi ke Kelantan atas jemputan (bekas Perdana Menteri) (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada masa itu Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sejarah hitam yang pernah melanda PAS itu perlu dijadikan iktibar kerana kesannya cukup besar iaitu membawa kepada perpecahan PAS di Kelantan.

Mengulas mengenai saranan untuk memperkasakan Majlis Syura Ulama, beliau berkata pemimpin perlu lebih berani untuk tampil mengemukakan cadangan dan bukannya hanya mengharap kepada pemerkasaan semata-mata.

 

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan