Najib Garis Tiga Faktor Untuk BN Hadapi PRU-14

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan surat tawaran mengerjakan haji kepada guru sekolah pondok, Ismail Awang Mat dan Daud Ismail (dua, kiri) pada majlis sepetang bersama Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting Pengkalan Kubor sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke Kelantan di Tumpat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan surat tawaran mengerjakan haji kepada guru sekolah pondok, Ismail Awang Mat dan Daud Ismail (dua, kiri) pada majlis sepetang bersama Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting Pengkalan Kubor sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke Kelantan di Tumpat

- Advertisement -

TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga faktor iaitu calon yang tepat, jentera yang kuat dan Barisan Nasional (BN) yang padu perlu wujud bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata gabungan tiga faktor itu terbukti memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 September lalu.

“Calon yang tepat…(perlu) pilih calon yang kena dengan selera pengundi,” katanya mengenai faktor pertama ketika berucap pada ‘Majlis Pemimpin bersama Rakyat: Sepetang Bersama Perdana Menteri’ di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini Sabtu.

Mengambil contoh pemilihan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Najib berkata ia memenuhi selera pengundi setempat kerana Mat Razi antara lain mempunyai keperibadian disenangi ramai selain berpengetahuan agama serta mempunyai pondok tempat beliau mengajar ilmu agama.

Najib berkata, jentera pilihan raya yang kuat akan menyumbang kepada kejayaan BN atas dasar semua pihak bekerja dalam satu pasukan.

Najib seterusnya menjelaskan bahawa perpaduan dalam Umno dan dalam kalangan parti komponen BN yang kukuh tanpa perasaan iri hati menjadi teras kepada semangat untuk bersama-sama memastikan kemenangan BN.

Perdana menteri menegaskan formula kemenangan BN di Pengkalan Kubor itu akan dijadikan titik permulaan pembaharuan bagi BN Kelantan untuk menghadapi PRU-14.

Beliau juga menggesa BN Kelantan bekerja lebih kuat dalam usaha meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Di kesempatan itu, beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Jentera BN pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta seluruh jentera BN yang bekerja keras dalam memastikan BN kekal bertapak di DUN berkenaan.

Pada PRK Pengkalan Kubor bulan lepas, Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi untuk menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail.

Turut hadir Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Mat Razi.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.