NAJIB JUMPA PENGASAS ALIBABA BINCANG EKONOMI DIGITAL

BEIJING: Malaysia akan mendapatkan idea mengenai pembangunan ekonomi digital daripada taikun internet China, Jack Ma, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

- Advertisement -

Beliau berkata pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba itu antara lain untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Kita akan bincang dengan dia untuk membawa ideanya (ke Malaysia), dan ada juga ura untuk melantiknya dalam anggota majlis digital,” katanya kepada media Malaysia selepas menyambut ketibaan Najib semalam untuk lawatan rasmi 6 hari ke China.

Irwan berkata ekonomi digital ialah sesuatu yang mana Malaysia boleh belajar dan bekerjasama dengan China dan ia merupakan satu trend bukan hanya sekarang tetapi untuk 10 ke 20 tahun akan datang.

Kerjasama itu akan memberi lebih manfaat kepada Malaysia, bukan hanya dalam konteks pembangunan modal insan tetapi kemajuan ekonomi, katanya.

Dalam Bajet 2017, sejumlah RM162 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program seperti ekosistem e-dagang dan Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu yang dipanggil Hab Digital Malaysia.

Ekonomi digital Malaysia setakat ini menyumbangkan 16.3% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan dijangka menyumbang hampir 20% kepada KDNK menjelang 2020.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

37 Ditahan, Sambut Hari Jadi Menu Dadah

Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di...

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta “drive in theatre” yang pertama di Malaysia...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.3 – 7.5 Peratus Tahun Depan

Agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.