Saturday - July 24, 2021 @ 21:48
NASIONALSABAHNajib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Hari

Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Hari

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah

KOTA KINABALU  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Rabu untuk lawatan dua hari termasuk menghadiri dua majlis bersama rakyat di dua daerah di Sabah.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 6.45 petang.

Ketibaan Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, anggota Kabinet negeri, ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Malam ini, Najib akan menghadiri majlis perjumpaan dengan Badan Perhubungan Umno Sabah.

Esok, Najib akan menghadiri majlis bersama rakyat di Beaufort sebelum ke majlis yang sama bersama penduduk Papar.

Perdana Menteri dijadual melancarkan Program Nadi Kasih peringkat negeri Sabah di Tuaran sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here