28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

@NajibRazak Mahu Kombinasi Muka Baru, Lama Dalam Umno

Perhimpunan Agong UMNO
Perhimpunan Agong UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini akan menampilkan kombinasi barisan pemimpin berpengalaman dan muka baharu.

Presiden Umno itu berkata satu suasana telah diwujudkan iaitu mana-mana anggota parti bebas bertanding dengan memenuhi syarat yang ditetapkan berdasarkan perlembagaan baharu parti.

“Kita tak ada apa-apa saranan dibuat sebenarnya (pada pemilihan parti).

“Kita perlu (pemimpin) yang berpengalaman dalam Umno, di samping itu, kita perlu juga ada bakat-bakat baharu dalam Umno. Kalau kita sekat bakat-bakat baharu daripada muncul, maka kita akan menghadapi kesukaran nanti terutama untuk memilih calon-calon yang berwibawa bila sampai pada masanya.

“Umno adalah sebuah parti demokratik. Kita perlu ambil kira perasaan anggota-anggota parti jika parti mahukan kesinambungan dan kestabilan. Itulah pandangan anggota parti. Pada masa sama perlu ada keseimbangan antara kesinambungan dan keperluan membawa masuk bakat baharu dalam parti di semua peringkat,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan beberapa pemimpin Umno tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Najib juga melahirkan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang memberi laluan kepada orang lain untuk bertanding dan juga kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang kepada kepimpinan Umno di peringkat tertentu.

Antara pemimpin Umno yang memutuskan tidak bertanding jawatan MT ialah Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Sebelum itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan Malaysia di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahmad Husni, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan