Sunday - July 25, 2021 @ 12:58
BERITANASIONALNallakarupan Dakwa Anwar Tidak Layak Pimpin Negara

Nallakarupan Dakwa Anwar Tidak Layak Pimpin Negara

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

“Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

“(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

“Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau,” katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here