32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Nallakaruppan Serah Pita Video Mengandungi Bukti Dalam Kes Saman Anwar

KUALA LUMPUR – Senator Datuk S. Nallakaruppan hari ini tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyerahkan bahan bukti berhubung salah laku moral yang didakwa dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Bahan bukti tersebut diserahkan di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi dengan disaksikan beberapa orang pengikut setia beliau yang hadir menyokong tindakannya.

Bahan bukti yang disampaikan oleh Nallakaruppan itu adalah berbentuk rakaman video.

“Ini (pita rakaman) saya serahkan kepada peguam, Shafee akan bawa ke mahkamah. Semua bukti ada dalam pita ini. Saya berikan tanggungjawab ini kepada Shafee untuk menjaga dan menyimpan bukti ini dengan baik,” kata Nallakaruppan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bahan-bahan yang terkandung dalam pita video rakaman tersebut dan segalanya akan terungkai dalam perbicaraan nanti.

Dalam sidang media itu juga, Nallakaruppan sekali lagi mendesak Anwar untuk mempercepatkan tindakan saman yang dibuat oleh Penasihat PKR itu.

“Saya sedang menunggu ketibaan Anwar di mahkamah dan saya mahu Anwar percepatkan perbicaraan kes saman beliau terhadap saya. Jangan gantung kes ini tak bertali. Saya cabar Anwar saman saya RM500 juta. Saya juga cabar Anwar membuat kenyataan terbuka mengatakan saya seorang pembohong.

“Saya tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah berkenaan hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar Taharin. Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan ais krim bersama Shamsidar,” katanya.

Nallakaruppan juga menegaskan tidak akan sekali-kali gentar dengan tindakannya membongkar sikap Anwar walaupun sudah diugut sebanyak dua kali pada bulan lepas termasuklah kereta sahabatnya, U. Thanothaaran telah dipecahkan oleh tiga orang samseng pada 5 April lalu di Sri Gombak.

Nallakaruppan menerima notis saman sebanyak RM100 juta daripada Anwar sebulan yang lalu selepas beliau mendedahkan pemimpin PKR itu sebagai seorang biseksual.

Ekoran dari notis saman itu, Nallakaruppan mendesak Awnar mempercepatkan saman dan prosiding perbicaraan mahkamah supaya beliau dapat membuktikan Anwar sebagai biseksual dan juga sebagai pesalah laku moral dengan memberikan bukti-bukti kukuh yang ada.

Nallakaruppan juga tidak akan berganjak dari kenyataannya Anwar sebagai biseksual dan menegaskan Anwar tidak layak untuk menjadi pemimpin negara.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan