28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Nasha dakwa Anwar cenderung fahaman liberal

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cenderung kepada fahaman liberal kerana melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau MJ Akbar baru-baru ini.

“Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal.

“Jika dibiarkan fahaman seperti ini, ia boleh menjadi ancaman kepada akidah umat Islam,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok ini menambah: “Walaupun Anwar tidak pernah berkata beliau liberal, tapi tindak-tanduknya yang banyak kali itu boleh dilihat bertentangan.”

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Pas berkata demikian pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Sementara itu, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menyatakan sokongan kepada kenyataan pemimpin veteran Pas, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mendakwa Pas menyimpang dari amalan politik Islam.

Katanya, kenyataan Shahnon itu mungkin dalam konteks pemimpin-pemimpin DAP yang semakin berani mempersoalkan hudud dan undang-undang Islam hari ini.

“Kenyataan Shahnon perlu diberi perhatian serius oleh Pas, tentangan-tentangan dari pemimpin bukan Islam secara terbuka perlu dihentikan,” katanya merujuk kepada kenyataannya dipetik Bernama semalam.






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan