24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Nurul dan suami tak nafi kes cerai, cuma mohon privasi

Statement-Nurul-n-Hubby

Walaupun pada awalnya menafikan dakwaan beliau memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akhirnya akur setelah mengetahui media sudahpun mendapat pengesahan melalui pemeriksaan rekod mahkamah.

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim hanya memohon agar media dan semua pihak menghormati privasi mereka sekeluarga.

Dalam kenyataan melalui laman sosial Twitter dan Facebook pada Khamis, Nurul Izzah dan Raja Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan suaminya Raja Ahmad Shahrir meminta mereka diberi ruang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi.

Kenyataan itu turut menyebut, pasangan berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak tertentu yang mengganggu privasi dikala mereka sedang berusaha mempertahankan perkahwinan yang sudah berusia lebih 10 tahun itu.

“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini,” katanya dalam kenyataan bersama, yang turut dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris.

Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta telah mengesahkan Nurul Izzah ada membuat permohonan cerai secara fasakh (membubarkan perkahwinan) pada akhir Disember lalu.

Suaminya pula dikatakan telah menerima notis tuntutan tersebut pada 16 Januari lalu dan memohon prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan.

Sebutan kes tersebut akan didengar semula pada 8 Februari depan di hadapan hakim Ab Malek Awang.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...