Thursday - July 29, 2021 @ 23:17
BERITANASIONALOps Tapis: 89 termasuk 3 gadis ditahan, pelbagai dadah dirampas di Kota...

Ops Tapis: 89 termasuk 3 gadis ditahan, pelbagai dadah dirampas di Kota Bharu (video)

ops-tapis-kota-bharu

KOTA BHARU – Polis menahan 89 orang termasuk tiga wanita bagi kesalahan dadah dalam Ops Tapis bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dalam operasi empat jam yang berakhir 6 pagi tadi, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM11,000 daripada mereka yang berusia antara 16 dan 55 tahun.

“Kita merampas 382 pil kuda, 0.4 gram heroin dah 2.0 gram dadah jenis syabu dalam beberapa serbuan di sekitar Kota Baharu,” katanya kepada pemberita di IPD Kota Baharu di sini, hari ini.

Operasi itu dijalankan oleh 90 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan.

“Kita akan reman mereka hari ini untuk siasatan lanjut dan perkara ini membimbangkan apabila individu paling muda ditahan berumur 16 tahun yang mengaku mengambil pil kuda,” katanya.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB), Seksyen 39A(1) ADB 1953 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952.

 

 

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here