28 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Orang ramai terus penuhi lokasi kejadian

bunuh-bakar-tapah-orang-ramai

TAPAH – Bengkel kenderaan berat yang menjadi lokasi kejadian pembunuhan oleh empat sekeluarga di Jalan Pahang di sini terus menjadi tumpuan masyarakat setempat.

Sejak kenderaan Jabatan Forensik Bukit Aman tiba di lokasi kira-kira pukul 10 pagi, orang ramai yang ingin tahu perkembangan semasa kes tidak putus-putus berkumpul di sekeliling kawasan tersebut.

Ada dalam kalangan mereka yang sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan semata-mata mahu melihat sendiri lokasi kejadian.

Tidak cukup dengan itu, ada juga kumpulan kaum ibu yang sanggup berjalan ke lokasi untuk melihat proses siasatan yang dilakukan oleh pihak polis.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar lokasi serta pihak polis.

Ada juga dalam kalangan orang ramai yang bertindak cuba ‘mencungkil’ maklumat daripada para wartawan, semata-mata mahu mendapatkan info terkini berhubung kes pembunuhan tersebut.

Seorang pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Bakar memberitahu, dia dalam perjalanan dari Tanjung Malim untuk pulang ke Batu Gajah, sebelum singgah berhenti di sini untuk melihat lokasi kejadian.

“Kebetulan lebuh raya tutup sementara kerana terdapat kebocoran tangki gas sebuah lori, jadi saya keluar melalui Tapah.

“Apabila melalui kawasan ini, saya mengambil peluang untuk berhenti dan melihat sendiri lokasi kejadian pembunuhan kejam tersebut,” katanya.

Bagi seorang warga Cameron Highlands yang dikenali sebagai Razak, dia tidak percaya berlakunya kejadian pembunuhan kejam di lokasi berkenaan, memandangkan jalan tersebut merupakan laluan yang biasa digunakannya.

“Tidak sangka ada kes bunuh di sini. Tetapi memang kawasan ini tersembunyi, tidak ramai yang tahu, ditambah pula sunyi dan kalau malam memang gelap,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.