25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

PAC Tangguh Siasatan Isu NFCorp

NFC

Pendengaran siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara(PAC) berhubung kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp) terpaksa ditangguhkan kerana pengurusan tertinggi syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu enggan memberikerjasama.

Sebaliknya NFCorp hanya menghantar seorang jurucakap yang juga Pengurus Besar Sumber Manusia, Wan Zurina Saaran bersama dua peguam bagi menghadiri sesi pendengaran tersebut.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa keengganan pengurusan tertinggi NFCorp untuk hadir sesi berkenaan adalah atas nasihat peguam dengan alasan kes berkaitansyarikat itu kini sedang melalui proses mahkamah.

Bagaimanapun menurut beliau, PAC akan mendapatkan nasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung sama ada jawatankuasa berkenaan boleh meneruskan siasatan tanpa mengganggu proses undang-undang.

“Kita akan dapatkan pandangan Speaker berhubung perkara ini. Malah sebelum ini pun Speaker pernah menolak usul bagi membincangkan isu NFCorp dalam dewan dengan alasan yang sama.

“Tapi sebelum ini PAC pernah menghadapi situasi yang sama dalam kes membabitkan skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), namun kita masih boleh meneruskan pendengaran selagi tidak mengganggu siasatan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen disini, Selasa.

PAC sebelum ini mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar menjemput NFCorp hadir memberi keterangan kepada jawatankuasa itu, Selasa.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAC, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sesi pendengaran yang bermula pukul 9.30 pagi tadi tidak memperolehi hasil ekoran keengganan wakil NFCorp memberi sebarangketerangan.

“Wakil-wakil yang hadir sememangnya tidak mahu menjawab sebarang soalan yang kita kemukakan.

“Walaupun kita menyatakan bahawa PAC tidak akan menyentuh mengenai isu yang berkaitan proses mahkamah,” katanya.

Baru-baru ini Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta danmenggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran tiga tahun lalu.

Mohamad Salleh menghadapi tuduhan pertama sebagai pengarah NFCorp yang diamanahkan penguasaan terhadap harta syarikat, pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat cek di CIMB Islamic Bank Bhd, 138, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail di sini,antara 1 dan 4 Disember 2009.

Wang itu untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit Kondominium One Menerung, parcel nombor B1-1 dan B1-2, Blok B, yang terletak di geran nombor 65152, no lot 56454, Mukim Kuala Lumpur, oleh syarikat dimiliki keluarga tertuduh, National Meat & LivestockCorporation Sdn Bhd (NMLC).

Dia turut menghadapi tuduhan kedua menggunakan harta syarikat berjumlah RM9,758,140 tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu bagi tujuan sama untuk NMLC mendapat keuntungan secara langsung.

Bagi tuduhan ketiga, Mohamad Salleh dituduh pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM40 juta dengan cara memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC di Malayan Banking Berhad, Cawangan Solaris Mont Kiaradi sini, bagi kegunaan NMLC.

Selain itu, dia menghadapi tuduhan menggunakan harta syarikat RM40 juta tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat itu dengan memindahkannya melalui cek ke akaun NMLC bagi kegunaan NMLC dan mendapatkan keuntungan secara langsung.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.