Parlimen: Noh bertikam lidah dengan Anwar isu penasihat ekonomi Selangor (video) - pakdin.my

Anwar-vs-Noh-DR-13-Mac2

Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai zalim ekoran rancangan PKR Selangor menyusun Kajang Move untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu hanya kerana Ahli Parlimen Bandar Tun Razak tersebut enggan menerima pandangan dan nasihat Anwar selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Noh membangkitkan perkara itu ketika mencelah perbahasan Anwar yang sebelum ini mempertikai peranan kegagalan penasihat-penasihat kepada Perdana Menteri sehingga negara berdepan beberapa isu.

Kenyataan Noh mengundang kekecohan apabila beberapa ahli parlimen pembangkang yang menyindir beliau kerana kurang senang dengan kenyataan tersebut.

“Menteri Besar tak dengar cakap penasihat, nak dipecatnya menteri besar itu, sanggup hanya kerana perkara kecil, yang ini zalim.

“Itu tindakan zalim, Menteri Besar tak dengar cakap, (mereka) buat pilihan raya kecil Kajang (sebab Anwar) nak jadi menteri besar, ini satu tindakan zalim.

“Biarlah  kita dikatakan tak boleh nasihat  Perdana Menteri tak menapa, tetapi kita jangan zalim sampai orang tak dengar cakap kita, (maka) kamu tak layak jadi menteri besar, biar aku pulak yang jadi menteri besar.

“Belum jadi menteri besar pun dah zalim,” katanya di Dewan Rakyat, Khamis.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun gagal menjawab kepada kenyataan Noh dan mengalihkan isu berkenaan dengan perkara lain.

“Dalam soal menteri besar yang dibangkitkan, saya kagum juga sebab Tanjung Karang  antara yang paling kuat menyokong Menteri Besar Selangor,” jawab Anwar.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Sahahidan Kassim turut bangun mencelah bertanyakan berkenaan rancangan menggugurkan Khalid selaku menteri besar Selangor, namum Anwar memberikan jawapan yang tidak relevan.

“Apakah yang berhormat sebagai orang nombor satu PKR bercadang untuk menukarkan menteri besar sekarang ataupun  menggantikan dengan Timbalan Presiden PKR,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

“Kalau ada deal sekarang, kalau setuju kerana banyak masalah kemelut politik ekonomi, kalau Arau boleh bagi pengakuan nak minta perdana menteri turun, saya akan minta menteri besar letak jawatan.

“Sekarang ini dia masih menteri besar, tak ada masalah,” kata Anwar  menjawab kepada soalan yang dikemukakan Shahidan.

Saksikan rakan video Anwar dan Noh bertikam lidah di Dewan Rakyat petang Khamis berkenaan isu kegagalan Ketua Pembangkang itu sebagai penasihat ekonomi Selangor.

 

UTAMABERITAParlimen: Noh bertikam lidah dengan Anwar isu penasihat ekonomi Selangor (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium