26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Pelabur asing menarik keluar ekuiti tempatan bernilai RM2.48b kerana terkejut dengan keputusan PRU14

Pelabur asing terkejut dengan keputusan PRU-14

Pelabur asing yang masih terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah menarik keluar ekuiti tempatan bernilai RM2.48 bilion pada minggu lepas.

Menurut MIDF Research, ia merupakan aliran keluar dana ekuiti tempatan terbesar sejak minggu akhir 23 Ogos 2013 de­ngan nilai aliran keluar ketika itu bernilai RM2.90 bilion.

Katanya, hari dagangan pertama di Bursa Malaysia selepas PRU-14 menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak RM682.6 juta, walau bagaimanapun nilai dagangan pada hari tersebut adalah yang tertinggi yang pernah direkodkan iaitu sebanyak RM7.30 bilion.

Jualan asing pada hari Selasa lalu terus menyusut RM837.3 juta, yang terbesar dalam tempoh sehari sejak awal Februari 2018.

“Pelabur antarabangsa kekal dalam mod ‘jual’ pada minggu PRU-14 yang lalu selepas Bursa Saham hanya beroperasi pada Isnin dan Selasa.

“Data awal yang diperoleh daripada Bursa Malaysia mendapati jumlah bersih yang ditarik keluar oleh pelabur asing pada dua hari dagangan tersebut berjumlah RM504.8 juta, melebihi daripada RM438.4 juta pada minggu sebelumnya,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Pada Rabu minggu lalu, aliran keluar asing meruncing kepada RM320.7 juta apabila pelabur menyambut baik pembaharuan pasca PRU-14 termasuk pengumuman pengurangan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun selain pengampunan yang diberikan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

FBM KLCI kemudian me­lonjak 0.54 peratus lebih tinggi dalam tempoh dagangan lapan hari kepada 1,858 mata berikutan aktiviti pembelian oleh peruncit dan peningkatan keyakinan dana tempatan yang berterusan.

“Berikutan tekanan jualan yang sengit, jumlah aliran ma­suk dana bersih terkumpul ke Malaysia telah berkurangan kepada RM40.2 juta, berbanding RM2.52 bilion sebelum PRU-14.

“Kami bagaimanapun yakin dan berhati-hati bahawa angka ini dapat meningkat secara beransur-ansur selepas keadaan politik kembali stabil,” katanya.

MIDF Research juga berkata, walaupun negara mencatatkan aliran keluar mingguan terbesar dalam kalangan empat pasaran ASEAN minggu lalu, Malaysia masih menjadi penerima utama aliran masuk asing.

Katanya, penyertaan asing kekal kukuh kerana nilai daga­ngan harian purata asing (ADTV) meningkat hampir 100 peratus kepada RM2.39 bilion, tertinggi dalam 24 minggu.

“Begitu juga, penyertaan dalam pasaran runcit dan ins­titusi adalah mantap kerana ADTV mereka mencapai tahap yang tidak dilihat dalam tempoh 18 minggu,” katanya.

Felda Global Ventures Bhd. (FGV) menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak RM14.52 juta minggu lepas diikuti Petronas Dagangan Bhd. (PDB) dengan aliran keluar bersih kedua terbesar ber­jumlah RM13.12 juta manakala IHH Healthcare Bhd. mencatatkan aliran keluar bersih ketiga terbesar sebanyak RM12.16 juta.

https://pakdin.my/tag/bursa-malaysia

Berita Berkaitan

Komen

  1. Pebtadbiran kerajaan baru yg masih belum teruji keupayaannya, tanpa track rekod sebagai satu pasukan pentadbir yg berkaliber mentadbir sebuah Negara dgn sebuah kabinet yg dianggotai olih segrombolan ‘bekas’ musuh2 politik. Langkah2 serta tindak tanduk kerajaan PH setakat ini hanya meningkatkan kecurigaan para pelabur asing terhadap pentadbiran Negara Malaysia.

  2. Mi Bro:
    Mansuhkan GST buatkan Guan Eng & Mahathir semakin gelabah!

    Mereka cuba test market dgn sifar GST tp hanya dalam masa 3 hari sahaja mereka terpaksa batalkan. Ini kerana tindakan tersebut menyebabkan harga barangan pengguna meningkat nak antara 2% hingga 10%.

    Ini menunjukan candangan Pakatan Harapan untuk laksanakan SST bg menggantikan GST menemui jalan buntu. Labih menakutkan lagi PH terpaksa laksana projek ECRL bagi mengelak kerajaan China menarik balik dagangan tanpa had sawit ke china malah eksport sawit ke 2 terbesar selepas india. Kalau dibatalkan apa akan jadi kepada ekonomi negara?

    Masalahnya Dato Sri Najib mampu lakukan dgn rm55b tetapi Daim berkata dia perlukan tambahan RM11bilion. Sedangkan sebelum PRU14 Nurul Izzah cakap PH mampu melakukan dengan kos 2 kali ganda murah tetapi kenapa DAIM nak tambah RM11bilion.

    Satu lagi Mahathir terpaksa melaksanakan BR1M bagi menyaingi rekod cemerlang Dato Sri Najib yg meninggalkan tanda aras pentabiran yang cemerlang berbanding mana2 pm sebelum ini.

    Masalahnya Mahathir bingung dengan banyak lagi janji bulan bintang yg perlukan kos tinggi jika mahu ditunaikan iaitu seperti harga siling minyak RM1.50, Mansuhkan semua tol, tidak boleh kurangkan penjawat awam, pendidikan percuma, kos tambahan kesihatan dengan rm500 kpd setiap rakyat, KWSP kpd hampir 14juta suri rumah sepenuh masa, rumah mampu milik di bawah 80k dan ada 300 janji lagi.

    Dalam keadaan terdesak Mahathir terpaksa umumkan BR1M hanya rm300 × 2 berbanding Dato Sri Najib berjanji RM800 x 2 + bujang rm150, gj di bawah rm5k dpt rm700, anak2 penerima terima rm1,500 bg setiap anak masuk u.

    Mahathir tak lakukan semua kriteria BR1M tersebut dia hanya mampu lakukan kpd golongan b40 bermakna org bujang, gj di bawah rm5k, anak masuk u di gugurkan, BERMAKNA dari angaran 10 juta jangka penerimaan BR1M selepas mengambil kira tambahan kriteria baru berbanding 7 juta pada sebelum pengumuman manifesto bn.

    Mahathir akan menyampaikan BR1M kpd angaran 2 juta org shj. Itupun belum tentu kerana Najib telah meninggalkan simpanan negara rm431 bilion tetapi cabaran mahathir bagaimana hendak laksanakan semua janjinya tanpa menjejaskan simpanan negara. Kalau kurang bermakna Mahathir atau Pakatan Harapan bukanlah hebat berbanding Kaedah pengurusan kewangan di Tangan Dato Sri Najib dan Barisan Nasional.

    Benar cabaran Dato Sri Najib selepas PH tawan putrajaya “pentabiran PH hanya bawa fantasi bulan dan bintang yang tidak mampu menunaikan janji. Apatah mahathir janji nak buat semua ini dalam masa 100 hari… giler beb!!

    Sebab itu Guan Eng awal2 lagi sengaja spin hutang negara adalah RM800b. Tetapi rakyat yang tidak faham ekonomi boleh lah dia menipu! Hakikatnya Biar aku cerita pecahan hutang ini
    42% hutang warga asing,
    37% hutang sektor swasta,
    10% hutang awam,
    9% hutang kredit pelaburan dan jaminan
    2% hutang kerajaan
    Kalau 2% hutang kerajaan dekat mana yg kata malaysia Bankrap di zaman najib hingga menjadi senjata menjatuhkannya.

    Jadi jelas kenapa Guan Eng awal lagi menipu rakyat. Sebab dia sendiri telan air liur tak lepas setelah melihat prestasi terbaik Dato Sri Najib. Persoalannya mampukah Guan Eng dan Mahathir pm boneka DAP (Kenapa boneka nanti aku cerita lagi) mampu mereka PH mansuhkan GST

    Mereka pakatan harapan boleh cipta apa sahaja fitnah untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan Najib. Tapi ingat jika mereka gagal membina ekonomi negara dengan kukuh dan memenuhi semua janji, bermakna segala fitnah mereka kepada Najib akan hilang sekelip mata! Takbir

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.