Pemandu lori, kelindan maut kemalangan tiga kenderaan #pakdin.my

KOTA TINGGI – Seorang pemandu lori dan kelindannya maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 47 Jalan Johor Bahru-Mersing petang hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 4.26 petang itu menyebabkan mangsa pemandu lori dikenali sebagai Hanafi Rosli, 38, dan kelindan Muhamad Riduan Hussain, 30, maut ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan melibatkan dua buah lori jenis Isuzu dan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ketika lori pertama dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke arah Mersing telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Ekoran itu lori berkenaan telah melanggar bahagian belakang Toyota Vios yang datang dari arah Mersing menyebabkan kereta itu berpusing dan masuk ke dalam longkang.

“Dalam masa sama lori kedua telah datang dan tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian tepi lori pertama,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Berkaitan