Pemergian Aishah Ghani Satu Kehilangan Besar Buat Negara – @NajibRazak - pakdin.my

aishah-ghani

Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua,

Berita kematian disahkan cucunya Ahmad Arif Astaman.

Jenazah allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara jam 6 petang ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan pemergian veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani sebagai kehilangan besar kepada negara.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Allahyarham disanjung tinggi, terutama dalam memperjuangkan isu berkaitan kebajikan semua lapisan dan golongan rakyat.

 

Merakamkan ucapan takziah di atas pemergian tokoh negara itu, Najib berkata beliau menyanjung tinggi sumbangan dan khidmat bakti Allahyarham terhadap negara dan parti Umno.

 

“Bagi ahli Umno, Allahyarham patut dijadikan contoh atas kesetiaannya kepada parti apabila mengabdikan hayatnya bagi perjuangan Umno,” katanya.

 

Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini setelah dimasukkan sejak Jumaat lepas berikutan kesihatannya yang tidak stabil.

 

Aishah merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan.

 

Najib juga berharap keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dalam menghadapi saat-saat sedih.

 

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Terdahulu, Najib menerusi Twitternya berkata jasa Allahyarham kepada negara akan sentiasa dikenang.

 

Latarbelakang:

Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Hajah Aishah Ghani

Tarikh Lahir:

15 Disember 1923 – Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor

Pendidikan:
Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor
Sekolah Menengah di Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia (1936 – 1939)
Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang, Sumatera Barat (1940 – 1943)
Politeknik Regent Street di London – Ijazah Kewartawanan (1955 – 1958)

Politik:
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – Ahli Jawatankuasa dan mengetuai sayap Wanita atau di panggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan bettugas sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi PKMM (1945)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) – Setiausaha (1948)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO – 1963
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO (1963)
Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Selangor (1960 – 1972)
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1972 – 1984)
Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sejak tahun 1986 hingga sekarang.

Kerjaya:
Wartawan Berita Harian dan Penyunting Kmpulan Akhbar New Straits Timeb (1959 – 1963)
Ahli Dewan Negara Wanita pertama (13 September 1962)
Wkil Wanita Malaysia ke Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (1967 -1972)
Menteri Kebajikan Masyarakat – melancarkan Yayasan Kebajikan Negara yang masih berfungsi sehingga sekarang (1 Mac 1973 – 1984)

Pertubuhan Kebajikan:
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985-1997)
Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak
Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah
Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1975

Anugerah:
1971: Johan Mangku Negara (J.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
1978: Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua (D.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datin Paduka’ oleh Kerajaan Selangor
1985: Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
1986: Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia (USM)
1999: Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri’ oleh DYMM Sultan Selangor
2002: Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

UTAMABERITAPemergian Aishah Ghani Satu Kehilangan Besar Buat Negara - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium