Pemerhati Bebas Perakui Kredibiliti SPR - pakdin.my

 

Dakwat-Kekal-sprProses Pilihan Raya Umum ke-13 yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR adalah telus.

Rumusan itu dibuat pemerhati bebas yang dilantik untuk memantau proses demokrasi berkenaan yang berakhir Ahad lalu.

Laporan pemerhati interim ini, diserahkan kepada SPR, siang tadi.

Ia disediakan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Awam, Ideas dan Pusat Kajian Dasar Awam, CPPS.

Pada PRU 13 yang lalu, 325 pemerhati ditempatkan di Semenanjung, dan 6 pemerhati di pusat mengundi luar negara.

WAN SAIFUL WAN JAN / KETUA EKSEKUTIF IDEAS
“Proses yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya memang telus, kita tidak ada masalah untuk memerhatikan perjalanan proses itu. Ada dakwaan wujud pengundi hantu, kita tidak mengatakan wujud pengundi hantu, sebab pengundi hantu ni payah nak dibuktikan, bila seseorang itu ada kad pengenalan, dan kemudian dia boleh mengundi, maka dia sepatutnya dibenarkan mengundi, saya agak bimbang ada orang yang menahan pengundi daripada pengundi, walaupun dia ada kad pengenalan, semata-mata dia kelihatan macam warga negara asing”.

Bagaimanapun, Ideas dan CPPS mengesyorkan agar usaha perlu dilakukan bagi memperbaiki daftar pemilih, menerusi Jabatan Pendaftaran Negara, di samping persempadanan semula kawasan pilihan raya, agar jumlah pengundi di sesuatu kawasan lebih seimbang.

TAN SRI DR RAMON NAVARATNAM / PENGERUSI CPPS
“Overall, it’s a credible election result. We are very much aware of that kind of criticism of the public, and we try to be eagle eyed, in looking at the procedures very carefully, honestly at the hand of my heart, I came out, there is no evidence, of any cheating or fraud, irregularities within the poll”.

UTAMAPILIHAN RAYAPemerhati Bebas Perakui Kredibiliti SPR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium