30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Pemimpin PR Bertemu Penasihat Keselamatan AS Susan Rice

Susan Rice
Susan Rice

Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Susan Rice bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat pada Isnin.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, beliau bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bertemu dengan penasihat keselamatan AS itu di Kuala Lumpur.

“Rice meminta input mengenai strategi untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan menyesyorkan perbualan telus ​​mengenai rundingan bagi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

“Anwar menyatakan bahawa beliau percaya adalah penting untuk menerokai semua saluran kerjasama dua hala dan membuat rujukan kepada rangka kerja kerjasama komprehensif Amerika Syarikat dalam melibatkan negara jiran Indonesia dan Vietnam.

“Di negara-negara berkenaan, penglibatan itu ialah perdagangan yang benar-benar menyeluruh meliputi perdagangan, keselamatan, pendidikan, alam sekitar serta isu-isu hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan demokrasi,” katanya.

Anwar berkata, beliau mencadangkan supaya Amerika Syarikat mewujudkan satu Kumpulan Kerja mengenai tadbir urus dan hak asasi manusia, yang turut melibatkan wakil-wakil dari masyarakat awam dan pembangkang sebagai salah satu cara penting untuk mengukuhkan kerjasama komprehensif, yang diumumkan Presiden AS, Barack Obama dalam lawatannya ke Malaysia.


Mengenai TPPA, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya bahawa Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan yang mesti menarik Pelaburan Langsung Asing untuk terus hidup dalam ekonomi global yang mencabar.

Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Rice bahawa Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai TPPA , khususnya mengenai ketetapan berhubung sektor pertanian, sektor farmaseutikal dan pendedahan kepada tindakan undang-undang yang kompleks dan mahal yang mungkin dihadapi Malaysia apabila menandatangani perjanjian itu.

Anwar menjelaskan, usaha-usaha untuk melibatkan diri dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyuarakan masalah dan cadangan Pakatan Rakyat telah ditolak.

“Rice menyatakan keperluan untuk memudahkan perbualan yang lebih luas di Malaysia mengenai perjanjian itu bagi memastikan semua pihak faham, untuk tidak memburuk-burukkan Amerika Syarikat, dan untuk memastikan bahawa proses perundingan lebih telus dan inklusif,” katanya.

Dalam pada itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyuarakan tentang integriti pilihan raya di Malaysia sementara Mustafa menekankan mengenai kesulitan apabila kuasa Kerajaan Persekutuan dilihat memberi kesan kepada beberapa kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...