24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

PENEMUAN 'FAKTA BAHARU' DORONG MALAYSIA MOHON SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN ICJ MENGENAI PULAU BATU PUTEH

SINGAPURA: “Fakta baharu”, yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) berhubung Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) adalah merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.

Dalam siaran media melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata dokumen itu termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an.

Dokumen berkenaan ditemukan di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 dan 30 Jan 2017, katanya.

Menurut ICJ, Malaysia mendakwa dokumen berkenaan membentangkan fakta baharu bahawa para pegawai peringkat tertinggi dalam pentadbiran tanah jajahan Britain dan Singapura memperakukan bahawa Pedra Branca/Pulau Batu Puteh tidak menjadi sebahagian daripada wilayah berdaulat Singapura dalam tempoh berkenaan.

“Malaysia menegaskan bahawa mahkamah itu pasti mencapai kesimpulan berbeza mengenai persoalan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Puteh sekiranya ia dimaklumkan tentang wujudnya bukti baharu ini,” katanya.

ICJ berkata, merujuk kepada syarat lain berhubung Perkara 61, Malaysia juga menegaskan bahawa fakta itu tidak diketahui Malaysia atau mahkamah itu ketika penghakiman mengenai kes berkenaan diumumkan kerana ia hanya ditemukan ketika menyemak kembali fail arkib pentadbiran tanah jajahan setelah arkib itu mendedahkan kepada umum bahan itu selepas penghakiman diumumkan pada 2008.”

“Malaysia juga berhujah bahawa kegagalannya menyedari kewujudan fakta baharu itu bukanlah disebabkan kecuaian, tetapi kerana dokumen berkenaan merupakan dokumen sulit yang tidak boleh dicapai pihak awam, sehinggalah ia dikeluarkan UK National Archives,” katanya.

ICJ berkata Malaysia menegaskan bahawa permohonannya itu adalah sejajar dengan peruntukan Statut berkaitan pengaturan masa permohonan yang telah ditetapkan.

“Ia menunjukkan bahawa permohonan itu dibuat dalam tempoh enam bulan selepas penemuan fakta baharu memandangkan semua dokumen yang mengukuhkan fakta baharu itu hanya diperoleh pada atau selepas 4 Ogos 2016,” kata ICJ.

Menurut ICJ, Malaysia memohon mahkamah itu membuat penghakiman dan mengisytiharkan bahawa permohonannya untuk menyemak semula penghakiman pada 2008 diterima dan memohon mahkamah itu “menetapkan tempoh masa untuk membuat pertimbangan tentang merit permohonan berkenaan”.

20170204-pulau-batu-putih-fakta-baru

http://www.icj-cij.org/docket/files/167/19344.pdf

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan