25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Penjelasan Hudud Mustahak – Mufti Perak

Pelaksanaan hukum hudud di negara ini atau di Kelantan memerlukan penjelasan terperinci berhubung prosedur dan kaedah hukumannya kepada rakyat supaya tidak menimbul kekeliruan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik perhatian bagaimana hukum hudud dilaksanakan di Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan tetapi kerana tidak cukup persediaan oleh kerajaan masing-masing, pelaksanaannya gagal berfungsi dengan baik.

Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan kerajaan negeri Pas Kelantan sama ada telah menyediakan syarat- syarat yang cukup daripada segi undang- undang untuk melaksanakan hukum hudud tersebut atau hanya sekadar gimik menguar-uarkan untuk berbuat demikian.

“Kita tidak boleh bercakap (menguar-uarkan akan melaksanakan hukum hudud) sahaja, ia (pelaksanaannya) perlu persediaan yang cukup, kalau sudah siap, bolehlah jalankan.

“Pada saya, tidak kiralah sama ada rancangan pelaksanaan hukum hudud ini ada tujuan politik atau tidak, sebab tujuannya adalah betul.

“Tapi janganlah kita hanya gimik sahaja, itu satu pendustaan…kalau gimik, itu memang satu penipuan. Kalau sudah ada kemampuan, teruskanlah sahaja pelaksanaan hudud ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas hasrat kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud meskipun ditentang keras oleh sekutu rapatnya, DAP dalam pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya Ahad lalu berkata, Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.

Ditanya sama ada hukum hudud boleh dipakai ke atas orang bukan Islam di negara ini, Harussani berkata: “Kenakan ke atas orang Islam sahaja pun tak mengapa (manakala), yang bukan Islam boleh dihukum dengan cara lain.”

Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa belum tiba masanya untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, ditambah dengan komposisi kaum yang mendiami negara ini, beliau menegaskan: “Kalau belum tiba masanya, bila pula akan muncul masa tersebut.”

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan