25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

Pergaduhan Di Pemilihan Semula PKR Cabang Kuala Langat Dan Kuala Selangor #DemoKerusiPKR

pemilihan-cabang-kuala-langat-gaduh

Sudah menjadi satira politik di kalangan orang ramai “asal ada pemilihan PKR, adalah pergaduhan, adalah baling kerusi”.

 

 

Di Kuala Langat, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) cabang berkenaan dilihat mengadakan kawalan ketat di pusat pemilihan semula pada Sabtu bagi mengelakkan berlaku lagi sebarang kekecohan seperti pada pemilihan pertama sebelum ini.

Namun didapati wujud sedikit rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota PKR berikutan sistem pengundian parti itu dikatakan tidak menyediakan maklumat terperinci mengenai calon yang bertanding menyebabkan mereka tidak tahu siapa calon yang mahu diundi.

Disebabkan perkara itu, pengundi dikatakan terpaksa mengundi tanpa mengetahui nombor calon yang mereka pilih.

Akibatnya tercetus pergaduhan di sebuah warung makan kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Seorang daripada petugas JPP yang dikenali sebagai Zainal, yang juga anggota PKR Shah Alam, telah dipukul oleh sekumpulan 25 orang penyokong yang didakwa Ketua PKR cabang itu yang juga ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Proses pemilihan semula jawatan di PKR Kuala Selangor juga turut kecoh seketika apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang penyokong calon lain.

 

 

Difahamkan, calon ketua cabang berkenaan, S. Manikavasagam bertindak menegur tindakan lelaki berkenaan kerana didakwa cuba berkempen di hadapan pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Bagaimanapun teguran Manikavasagam itu dikatakan dibalas individu berkenaan sehingga tercetus perang mulut namun kemudiannya dileraikan penyokong lain termasuk anggota jawatankuasa pemilihan parti (JPP) yang sedang bertugas.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut, Manikavasagam berkata ia hanya sedikit salah faham.

“Ada orang tukar-tukar ‘chai’ (kertas nombor calon)… orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR pusat,” katanya ketika ditanya pemberita selepas selesai mengundi.

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

  1. Pergaduhan, pertengkaran, kekecehon dan baling membaling kerusi tdk sepatutnya berlaku dlm pemilihan mana2 pihak, sama ada dlm parti pemerintah atau parti2 pembangkang…demokrasi kecil dlm kepimpinan dan penyelenggaraan parti bagi kedua pihak mestilah dihormati dan diaplikasikan dgn sebaik mungkin demi untuk kesinambungan pengurusan, perjuangan parti dan juga cabang2 atau cawangan2 yg diadakan pemilihan wajib penggal atau tahunan…fenomena pemilihan seperti yg telah berlaku bagi pihak PKR di Ulu Langat amatlah dikesali yg sepatutnya tdk berlaku sama sekali…namun, bila tahap pengurusan dan prokol2 pemilihan tdk mengikut prosedur dan peraturan sebenar pemilihan, maka akan berlakulah apa yg tdk sepatutnya berlaku…apa juga yg telah berlaku seharusnya tdk berlanjutan dan pelbagai cara dan inisiatif mesti difikir dan diolah demi untuk memperbaiki segalanya…syukurlah pemilihan KC di Ulu Langat telah dpt dimurnikan dan pemilihan sebenar telah berjalan dgn lancar…

  2. Pergaduhan, pertengkaran, kekecehon dan baling membaling kerusi tdk sepatutnya berlaku dlm pemilihan mana2 pihak, sama ada dlm parti pemerintah atau parti2 pembangkang…demokrasi kecil dlm kepimpinan dan penyelenggaraan parti bagi kedua pihak mestilah dihormati dan diaplikasikan dgn sebaik mungkin demi untuk kesinambungan pengurusan, perjuangan parti dan juga cabang2 atau cawangan2 yg diadakan pemilihan wajib penggal atau tahunan…fenomena pemilihan seperti yg telah berlaku bagi pihak PKR di Ulu Langat amatlah dikesali yg sepatutnya tdk berlaku sama sekali…namun, bila tahap pengurusan dan prokol2 pemilihan tdk mengikut prosedur dan peraturan sebenar pemilihan, maka akan berlakulah apa yg tdk sepatutnya berlaku…apa juga yg telah berlaku seharusnya tdk berlanjutan dan pelbagai cara dan inisiatif mesti difikir dan diolah demi untuk memperbaiki segalanya…syukurlah pemilihan KC di Ulu Langat telah dpt dimurnikan dan pemilihan sebenar telah berjalan dgn lancar…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...