Perhimpunan Anjuran Pembangkang Tidak Mencerminkan Suara Majoriti

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Sukan : Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023

Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia...

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

Himpunan Kabangkitan Rakyat-12Jan2013-UNTUK SOKONG KISAH CINTA ANWAR SHAMSIDARKUALA LUMPUR, 11 Jan  — Kebanyakan rakyat di negara ini menyifatkan perhimpunan yang didalangi pembangkang sebenarnya tidak mencerminkan suara rakyat sebenar kononnya wujud kezaliman oleh pihak kerajaan terhadap rakyat.

Ironinya rata-rata rakyat ketika ditemui Bernama berkata pihak penganjur dan pembangkang sebenarnya yang melakukan kekejaman kepada rakyat apabila menganjurkan perhimpunan yang telah beberapa kali sebelum ini mencetuskan keganasan, kecederaan dan kerosakan harta benda awam.

“Perhimpunan seperti ini tidak ada manfaatnya, terlalu banyak kesan negatif apabila apa yang mereka (pembangkang) cuba sampaikan melalui perhimpunan itu sudah tidak bererti kerana ia bertukar menjadi rusuhan yang ganas dan merosakkan banyak benda,” kata Teh Eng Hing, bekas Setiausaha Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, kepada Bernama, Jumaat.

Bahkan katanya, apabila terlalu banyak perhimpunan diadakan, ia sudah menjadi ‘biasa’ dan tidak lagi memberi impak seperti yang diharapkan pembangkang.

“Senario di Malaysia kini, sikit-sikit ada perhimpunan, saya rasa lebih baik dibincangkan dengan saluran yang betul, jangan terlalu banyak perhimpunan, jika berbincang, apa yang mereka mahukan pasti lebih ‘sampai’ dan nampak intelek,” katanya.

Ketua Unit Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noraza Yusof pula meluahkan kebimbangan perhimpunan kali ini turut mencetuskan huru hara seperti perhimpunan Bersih tahun lalu, seterusnya memberi impak negatif kepada pelancong.

Katanya, DBKL berusaha mencerminkan keharmonian dan keindahan ibu negara Malaysia di mata pelancong namun wujudnya perhimpunan seperti itu hanya akan menjejaskan usaha DBKL selama ini.

“Setiap Sabtu, DBKL mengadakan program lawatan Jejak Warisan, iaitu aktiviti berjalan kaki melawat bangunan bersejarah sekitar Dataran Merdeka.

“Ia (program) 80 peratus melibatkan pelancong asing dan selebihnya pelancong domestik, bayangkan sekiranya keadaan huru hara berlaku ketika pelancong itu sedang mengikuti program, ia akan memberi kesan negatif terhadap suasana Malaysia yang sebenarnya kepada mereka,” katanya.

Seorang suri rumah, M Rajeswary, 30, mempersoalkan apa lagi yang dimahukan pembangkang kerana hakikatnya kerajaan selama ini amat prihatin menyalurkan pelbagai bantuan secara menyeluruh kepada rakyat.

“Apa yang saya tahu kerajaan begitu banyak bantu keperluan rakyat seperti beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, sediakan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan juga rebat telefon RM200.

“Saya pun tidak faham apa perlu perhimpunan ini yang banyaknya menyusahkan ramai rakyat,” katanya.

Seorang kakitangan swasta, Kamaruddin Jaafar, 41, berkata rakyat sebenarnya sudah bosan untuk melihat perhimpunan tidak bemanfaat sebegitu.

“Memang rakyat takut, tapi rakyat juga sudah bosan, rusuhan dan pergaduhan berlaku sehingga merosakkan harta benda, inikah perhimpunan aman yang dijanjikan pembangkang? Hentikanlah…,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply