28.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Perlombongan Pasir Tidak Terkawal Punca Banjir Di Selangor @zinmohamed

banjir dengkilPerlombongan pasir secara berleluasa dan tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya banjir di beberapa kawasan di Selangor sejak kebelakangan ini, dakwa ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

“Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua sedia maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan.

“Sehingga kini pihak kerajaan negeri masih lagi tidak memberikan penyelesain konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang,” katanya pada sidang media di sini Selasa.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor menyifatkan tuduhan kerajaan Pakatan kononnya ban sungai pecah disebabkan oleh aktiviti pertanian sebagai pembohongan besar dan tidak masuk akal.

Menurutnya kerajaan negeri gagal memantau operasi perlombongan pasir yang tidak terkawal di beberapa lokasi terutamanya di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang, selain semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran juga tidak selari.

“Kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh,” jelasnya.

Beliau juga mahukan penjelasan kerajaan negeri berhubung hasil pasir yang tidak konsisten berbanding aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa.






Berita Berkaitan

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan