26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Pestabola Merdeka: Malaysia Tempah Tiket Ke Final

Ketua pasukan Harimau Muda A, Mohd Irfan Fazail berjaya melolosi gawang Myanmar yang dikawal rapi oleh penjaga golnya, Pyaye Phyo Aung (kiri) untuk menyumbatkan gol pertama pada kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41 di Stadium Darul Makmur. Keputusan penuh Malaysia 2-1 Myammar.
Ketua pasukan Harimau Muda A, Mohd Irfan Fazail berjaya melolosi gawang Myanmar yang dikawal rapi oleh penjaga golnya, Pyaye Phyo Aung (kiri) untuk menyumbatkan gol pertama pada kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41 di Stadium Darul Makmur. Keputusan penuh Malaysia 2-1 Myammar.

Pasukan Malaysia berjaya mencatat kemenangan kedua Pestabola Merdeka apabila menewaskan Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Isnin.

Kemenangan ini secara rasminya melayakkan skuad bimbingan Ong Kim Swee ini ke final selepas mengumpul enam mata daripada dua perlawanan biarpun masih lagi berbaki satu perlawanan bertemu Thailand Rabu ini.

Kedua- dua pasukan mula mengatur serangan sejak awal permainan dimulakan apabila penyerang kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya membolosi benteng pertahanan lawan pada minit kedua permainan, namun cubaan itu gagal tepat ke pintu gol.

Namun penyerang kelahiran Pahang itu dilayangkan kad kuning pada minit ke-12 kerana menerjah pemain Myanmar.

Pada minit ke-20, Md Fadhli Shas gagal menyempurnakan bola muntah hasil sepakan percuma oleh Wan Zack Haikal yang terkena palang.

Selepas bertungkus-lumus cuba menyerang kubu pertahanan, pasukan Myanmar memecah kebuntuan dengan gol pertama perlawanan apabila bola yang ditepis penjaga gol negara, Mohd Firdaus Muhammad hasil daripada cubaan pemain Myanmar, Nay Lin Tun terkena betis Mohd Zubir Mohd Azmi sekaligus bola memasuki gawang sendiri pada minit ke-37.

Penjaring gol kemenangan Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor mendapat pelukan tahniah daripada ketua pasukan Mohd Irfan Fazail dan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang Myammar pada kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41 di Stadium Darul Makmur
Penjaring gol kemenangan Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor mendapat pelukan tahniah daripada ketua pasukan Mohd Irfan Fazail dan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika menentang Myammar pada kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41 di Stadium Darul Makmur

Selepas gol pertama, aksi skuad muda negara ini sedikit goyang sebelum kembali ke rentak permainan.

Bersambung pada babak kedua, Harimau Muda tidak berputus asa mengatur strategi yang lebih baik dengan melakukan serangan demi serangan namun benteng pertahanan anak buah Park Sung Hwa itu jelas sukar ditembusi.

Skuad negara berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 hasil sepakan percuma Wan Zack Haikal sebelum Junior Eldstal menanduk ke arah gawang dan disempurnakan oleh kapten pasukan, Mohd Irfan Fazail.

Sebelas minit selepas itu, stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan lebih kurang 3,000 orang penyokong apabila sepakan percuma yang diambil Wan Zack Haikal tepat ke pintu gol.

Pada masa tambahan, ayam tambatan Myanmar, Kyi Lin dilayangkan kad merah gara-gara membantah keputusan pengadil.

Selepas ini, skuad negara bakal mengharungi perlawanan ketiga bertemu Thailand bagi melengkapkan jadual perlawanan sebelum ke final.

SENARAI PEMAIN

Malaysia

Md Fadhli mohd Shas, D.Saarvindran Mohd Irfan Fazail (Kapten), A.Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Junior Eldstal, Mohd Zubir Mohd Azmi, Nik Mohd Sharul Azim, Mohd Azrif Nasrulhaq, Muhammad Nazmi Faiz, Mohd Izham Tarmizi

Myanmar

Pyaye Phyo Aung, Zaw Min Tun, Aung Hein Kyaw, Kyaw Zayar Win, Kyi Lin, Kyaw Ko Ko, Ye Lin Aung, Phyo Ko Ko Thein, Thet Naing, Nay Lin Tun






Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan