30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Pilihan Raya Kampus Tidak Perlu Campur Tangan Luar

Para pelajar dari seluruh IPTA bersama kain rentang menyampaikan aspirasi mahasiswa dalam program Suara Merdeka Siswa, Sabtu lalu.

Pilihan raya kampus perlu dilaksanakan secara profesional tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh politik daripada pihak luar.

Menurut seorang pemerhati politik kampus, kemasukan politik luar menyebabkan suasana keharmonian di universiti terjejas dan perpecahan berlaku di kalangan mahasiswa.

“Kita juga menolak sebarang bentuk provokasi luar dan taktik kotor yang digunakan calon untuk meraih undi. Sebagai contoh tiga tahun lalu, beberapa ‘kejutan’ berlaku di Universiti Malaya (UM) membabitkan insiden meletakkan kepala babi di dalam surau Akademik Pengajian Islam universiti berkenaan.

“Malah, pada tahun lalu, calon Pro-Mahasiswa (pro-M) yang dilaporkan hilang kerana diculik berjaya mendapat undi simpati dan membolehkan kumpulan tersebut menang di UM. Kumpulan pro-M dilihat lebih cenderung menyokong parti pembangkang dan gemar berdemonstrasi,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Justeru, beliau berharap agar insiden tersebut tidak berulang kembali pada pilihan raya kampus melibatkan 20 IPTA di seluruh negara yang akan berlangsung pada 20 dan 25 September ini.

“Calon MPP di kalangan kumpulan Pro-Aspirasi dan pro-M perlu menang dengan cara profesional kerana tindakan itu akan mencerminkan keintelektualan mahasiswa yang sebenar,” katanya.

Beliau yang enggan dikenali turut menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan sekumpulan pelajar yang mengadakan protes untuk menuntut pilihan raya kampus yang didakwa kurang telus.


“Kebanyakan mereka yang menyertai demontrasi itu terdiri daripada kalangan siswi dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Hanya sebilangan kecil saja iaitu dalang ‘protes’ melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.

Beliau mendakwa, protes itu turut disertai pemimpin pembangkang yang membuktikan wujud pengaruh politik luar menjelang pilihan raya kampus kali ini.

“Kira-kira 200 pelajar dari kumpulan pro-M menuntut pilihan raya kampus yang adil di mana tuntutan mereka itu sama seperti yang diperjuangkan oleh Bersih,” dakwanya.

Jelasnya lagi, pilihan raya kampus sebenarnya mendidik mahasiswa mengenai demokrasi bagi menjamin pembelajaran lebih kondusif di dalam universiti.

Sementara itu, beliau turut memuji program Suara Merdeka Siswa anjuran kumpulan Pro-Aspirasi yang berlangsung di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Program yang menghimpunkan wakil dari semua IPTA itu diadakan secara aman bagi meraikan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Sikap itu membuktikan mahasiswa boleh menganjurkan program secara aman, berfikiran matang dan menjauhkan diri daripada bertindak keterlaluan seperti yang dilakukan sekumpulan mahasiswa yang secara terang-terangan memperjuangkan politik kepartian,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...