27 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

PKR Tetap Teruskan Tahaluf Siyasi Dengan PAS – Azmin Ali

azmin-pas-pkr-tahaluf

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengulangi pendirian bahawa parti itu akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS walaupun Parti Amanah Negara (Amanah) menolak kerjasama dengan PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PKR menyambut baik penyertaan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan bahawa PKR akan tetap meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS seperti mana yang diputuskan pucuk kepimpinan parti.

“Kita mengikut ketetapan Majlis Kepimpinan Pusat Keadilan pada 11 Oktober lalu iaitu mengukuhkan Pakatan Harapan serta meneruskan kerjasama dan tahaluf siyasi dengan PAS.

“Sekiranya Amanah tidak mahu ada dua gabungan pakatan (pembangkang) dan menolak (untuk bekerjasama dengan) PAS itu adalah keputusan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini, Isnin.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang menolak dua gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Khalid dalam satu sidang media semalam berkata tidak perlu dua pakatan pembangkang berikutan telah tertubuhnya Pakatan Harapan.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang sebelum ini membayangkan dua pakatan pembangkang akan bertanding pada PRU ke-14 memandangkan PAS enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Jemin ni main sandiwara ke.,,mana boleh bg kerjasama dgn dua parti yg bertentangan ideoloji dlm satu masa..ke ada udang sebalik batu.sekali kene gertak dgn Dap dh goyah..

  2. Pas aka dibawah masuk kedalam gelanggang akan diperbodohkan lagi lebai2 pas mesti suka ni…dihina dicaci pas suka kita yg rasa benci..ibarat kata pkr dap nak jemberang sungai tak boleh pas la digunakan buat jambatan untuk dipijak nak jemberang ..ini lah harga maruah parti pas…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.