PM, Muhyiddin tidak di jemput hadir Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim di Amerika - pakdin.my

Melawan perubahan iklim dan pencemaran adalah antara janji dan agenda utama Joe Biden ketika dia berkempen untuk menjadi presiden Amerika Syarikat.

Sebab itu, berita presiden Biden mengundang 40 pemimpin dunia, termasuk untuk menghadiri Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim bulan depan menjadi berita besar dunia.

Ia akan diadakan secara maya pada 22 dan 23 April.

“Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim akan menekankan kepentingan segera – dan faedah ekonomi – tindakan iklim yang lebih kukuh. Ia akan menjadi tunggak utama dalam perjalanan menuju Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) November ini di Glasgow,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan media.

Pesaing Presiden Biden termasuk Vladimir Putin dari Rusia dan Xi Jinping dari China adalah antara yang diundang ke rundingan iklim besar-besaran pertama pentadbirannya.

Turut diundang termasuk Presiden Indonesia Jokowi, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.

Turut diundang termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dan Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand.

Senarai penuh 40 pemimpin yang diundang adalah berikut:
1. Antigua and Barbuda
2. Argentina
3. Australia
4. Bangladesh
5. Bhutan
6. Brazil
7. Canada
8. Chile
9. China
10. Colombia
11. Republic of the Congo
12. Denmark
13. European Commission
14. European Council
15. France
16. Gabon
17. Germany
18. India
19. Indonesia
20. Israel
21. Italy
22. Jamaica
23. Japan
24. Kenya
25. Republic of the Marshall Islands
26. Mexico
27. New Zealand
28. Nigeria
29. Norway
30. Poland
31. Republic of Korea
32. The Russian Federation
33. Kingdom of Saudi Arabia
34. Singapore
35. South Africa
36. Spain
37. Turkey
38. United Arab Emirates
39. United Kingdom
40. Vietnam

Jadi, mengapa pula Malaysia tidak diundang jika ianya adalah melalui kaedah persidangan online?

Line Internet Malaysia tak stabil ke?

Atau Malaysia sedang dilihat sebagai sedang ketinggalan dalam usaha melawan perubahan iklim dan pencemaran?


Nota kaki:
Tamparan terbesar terhadap Malaysia ialah negara-negara kecil Antigua dan Barbuda (populasi 97,118 orang) dan Kepulauan Marshall (populasi 58,413 orang) antara pemimpin dunia yang dijemput tetapi Muhyiddin nampaknya tidak dijemput.

(Sebelum ada yang bertanya mengapa Thailand tidak dijemput, ini adalah kerana AS kesal dengan Thailand kerana rampasan kuasa tentera dan tunjuk perasaan anti pemerintah. AS juga nampaknya tidak senang dengan Filipina kerana presiden mereka ingin mengakhiri kerjasama ketenteraan dengan AS)

https://www.whitehouse.gov/briefing-room/statements-releases/2021/03/26/president-biden-invites-40-world-leaders-to-leaders-summit-on-climate/

UTAMAPOLITIKPM, Muhyiddin tidak di jemput hadir Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium