24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

PM Tunai Solat Jenazah Di Masjid Imam Turki Bin Abdullah, Riyadh

Gambar Arkib Najib Tun Razak (kiri) berbincang sesuatu dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud (kanan) di Riyadh 19/1/2010

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasai menyampaikan sendiri ucapan takziah kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud atas kemangkatan adindanya Putera Mahkota Putera Sultan Abdel Aziz al-Saud, di Riyadh, Arab Saudi.

Ketibaan beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di pangkalan udara Tentera Arab Saudi di Riyadh pada pukul 1.55 petang (6.55 petang) disambut oleh anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Selepas berehat sebentar di Istana Persidangan, Najib berlepas ke Masjid Imam Turki bin Abdullah untuk menunaikan solat Asar bersama ketua kerajaan dan orang kenamaan dari serata dunia, disusuli dengan solat jenazah.

Putera Mahkota yang berusia lingkungan 80-an itu, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi, mangkat di hospital New York Sabtu lalu selepas gering.

Ramai ketua kerajaan dan orang kenamaan dari luar negara tiba untuk menghadiri pengebumian Putera Mahkota itu yang dijadualkan selepas solat Asar, dan ketibaan mereka serta majlis pemakaman disiarkan secara langsung oleh televisyen kebangsaan Arab Saudi KSA1 dan KSA2.

Sebaik tamat solat jenazah di Riyadh, televisyen Arab Saudi menyiarkan secara langsung solat Asar di Masjidil Haram di sini (waktu Asar sedikit berbeza antara Riyadh dan Mekah), diikuti solat ghaib (solat jenazah dari jauh).

Selepas solat Maghrib, Najib dan isteri berlepas ke istana, bersama-sama dengan ratusan ketua-ketua kerajaan dan orang kenamaan, untuk majlis penyampaian ucapan takziah.

Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang ke tanah air lewat petang ini.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan