Polis Lancar Operasi Memburu PATI & Penyalahgunaan Dadah Di Sabah (video) - pakdin.my

Polis Sabah Lancar Operasi Memburu PATI Penyalahgunaan Dadah

Operasi mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin di Sabah, bukan sekadar tertumpu di sektor pembinaan dan perladangan.

Malahan, operasi turut dilancarkan ke atas pusat hiburan, bagi mengesan rakyat asing yang menyalah gunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di premis terbabit.

Turut diburu, majikan yang menggaji PATI.

Awal pagi tadi, sepasukan anggota dari cawangan D7 Bukit Aman, IPK Sabah serta IPD Kota Kinabalu, melancarkan Ops Noda.

Dua pusat hiburan eksklusif di Kota Kinabalu, diserbu.

Serbuan pertama di sebuah pusat hiburan di Harbour City, yang menyaksikan 38 orang diperiksa.

Daripada jumlah itu, 12 wanita rakyat China yang dipercayai bekerja sebagai GRO ditahan bersama pengurus premis.

Serbuan kedua di sebuah pusat hiburan Asia City, menyaksikan 73 orang diperiksa.

24 orang gadis warga asing yang bekerja sebagai GRO turut ditahan bersama seorang lelaki.

25 yang lain termasuk 13 wanita, diarah menjalani ujian air kencing.

UTAMABERITAPolis Lancar Operasi Memburu PATI & Penyalahgunaan Dadah Di Sabah (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium