Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi dalang penyaluran maklumat dan bantuan kepada penjenayah asing serta 514 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di sebuah penempatan setinggan berhampiran pekan Telipok dekat sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata mereka ditahan hasil pemeriksaan terhadap 4,794 individu di 1,537 rumah dalam operasi itu yang bermula sejak 1 pagi tadi.
“Enam individu termasuk seorang wanita yang berusia antara 19 dan 50-an itu akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Mereka dipercayai menjadi dalang yang aktif memberikan maklumat dan bantuan kepada penjenayah asing dalam pelbagai kes jenayah termasuk kes dadah,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Ditanya sama ada kesemua suspek berkenaan terlibat dalam kes pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Abd Rashid berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu termasuk kaitan mereka dengan beberapa kes penjenayah asing lain.
“Ini berkaitan keselamatan negara dan kita harus teliti. Kita akan siasat mereka (suspek) dalam semua sudut termasuk sama ada mereka terlibat dalam kes-kes Penculikan untuk Wang Tebusan (KFR).
“Namun, yang pastinya mereka terlibat dalam memberi maklumat dan bantuan dalam kes-kes lain seperti kes dadah,” katanya.
Operasi itu disertai lebih 1,000 anggota daripada pelbagai agensi pertahanan dan penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Abd Rashid berkata operasi itu akan dijalankan di beberapa kawasan lain juga.
“Oleh itu, kita minta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan apa sahaja maklumat kepada pihak polis demi kedaulatan dan keamanan negara,” katanya.
Polis Sabah Tahan 6 Talibarut, 514 PATI Di Penempatan Setinggan Telipok https://t.co/rUfBDfF0Do
Polis Sabah Tahan 6 Talibarut, 514 PATI Di Penempatan Setinggan Telipok: Polis menahan enam individu yang dipe… https://t.co/ZQIYdJTjz3
Mohamed Jamil Abu Bakar liked this on Facebook.
Mohd Azrai Sg Buloh liked this on Facebook.
Hasnan Nan Kgb liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Zulfaizal Md Pechor liked this on Facebook.
Polis Sabah Tahan 6 Talibarut, 514 PATI Di Penempatan Setinggan Telipok https://t.co/181DnB2zJ5
RT @adamacho: Polis Sabah Tahan 6 Talibarut, 514 PATI Di Penempatan Setinggan Telipok https://t.co/181DnB2zJ5
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Gir Rizalo liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Mohamad Nasrullizam Bin Yunus liked this on Facebook.
Latipah Khamis liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Man Sor Z liked this on Facebook.
Manukan Manuk liked this on Facebook.
Reno Firdaus liked this on Facebook.
Ab Aziz Yaakop liked this on Facebook.
Zara Eleannor liked this on Facebook.
Kita nak lihat berat ke ringan hukumannya…talibarut jangan biarkan telepas begitu sahaja…
Terbaik la ops
Janji aman
Abd Majid liked this on Facebook.
Khaharuddin Bin Adam liked this on Facebook.
Amran Ab Manaf liked this on Facebook.
Mohdrizal Rizal liked this on Facebook.
Wan Yahya liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.