25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Putera William & Kate Akhiri Lawatan di KL Dengan Merasai Teh Tarik


Catherine (tengah) berbual bersama Datuk Lee Chong Wei pada majlis Diamond Jubilee Tea Party di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British, hari ini. Turut kelihatan ratu terjun negara, Pandelela Rinong (kanan).

Putera William (dua, kanan) dan Catherine (kanan) menikmati hidangan minuman teh pada majlis Diamond Jubilee Tea Party di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British

Pasangan diraja Britain Putera William dan Catherine petang ini merasai teh tarik, minuman popular rakyat negara ini dalam satu jamuan teh di sini, sebelum mengakhiri lawatan selama dua hari di ibu negara.

William yang segak mengenakan sut hitam, manakala Catherine yang memakai gaun paras lutut berwarna biru kelabu sentiasa mengukir senyuman sebaik tiba di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Britain, di Langgak Golf di sini pada 2.30 petang, dengan kira-kira 150 orang tetamu sedia menunggu kemunculan pasangan diraja itu.

Sejurus tiba pasangan diraja itu meluangkan masa lima minit menemui Ashikin Mastura Amiruddin, 15, dan Mohamad Umar Haikal, 15, pemenang ‘The Ultimate Royal-Tea Competition’, iaitu pertandingan foto anjuran suruhanjaya itu sempena lawatan pasangan tersebut, ke negara ini.

Duke dan Duchess of Cambridge kemudian bersalam dan berbual mesra dengan beberapa personaliti tanah air termasuk pelakon Datuk Michelle Yeoh, pereka kasut Datuk Jimmy Choo, penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 Pandelela Rinong Pmag dan pemanah elit paralimpik negara Hasihin Sanawi.

Pasangan Diraja itu kemudiannya bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan dua hari ke Sabah, sebelum berlepas ke Kepulauan Solomon, pada Ahad. Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika ditemui berkata pasangan diraja itu bukan sahaja murah senyuman, malahan peramah dan mudah mesra.

“Mereka (William dan Catherine) datang kepada kita bukan setakat bersalam, tapi bersembang dan cukup mesra,” katanya.

Pandelela pula berkata sambil mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik London bulan lalu, Catherine turut memberitahu bahawa beliau pandai dan gemar berenang. “Tapi dia (Catherine) kata dia takut untuk terjun dan dia nak ajak saya bila nak terjun nanti,” kata Pandelela.

Turut menerima ucapan tahniah daripada pasangan diraja itu ialah Chong Wei yang berkata Catherine mengakui bahawa sukan badminton merupakan antara sukan yang mencabar dan mempunyai ramai peminat.

Ditanya apa yang dibualkan, Chong Wei berkata “dia tanya saya bagaimana London, saya jawab ok”.

Putera William dan Catherine melihat demonstrasi teh tarik ketika majlis Diamond Jubilee Tea Party di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British, hari ini.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan