Kalau sembang pokok pun boleh tumbang, bila diajak berdebat larii..
Tindakan Rafizi Ramli yang sengaja membatalkan program debat dengan Kumpulan Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) yang sepatutnya berlangsung pada 24 November lalu disifatkan sebagai tidak matang dan seolah penakut.
Menurut Setiausaha MANTAP Mohamad Arif Misman, pembatalan debat tersebut menyerlahkan sikap sebenar Pengasas Invoke itu yang suka mencari publisiti murahan dan mensensasikan sesuatu perkara bagi tujuan meraih perhatian netizen dan pengikutnya.
“Kalau sembang, pokok pun boleh tumbang. Hanya suka buat gempar sudah sinonim dengannya. Inilah sikap Rafizi yang sebenar. Rafizi hipokrit.
“Cabaran sudah disahut tetapi tidak berjaya bertarung di gelanggang,” selar Arif memetik portal BNBBC, hari ini.
Katanya, tindakan Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan membatalkan program itu tanpa sebarang alasan telah memberi kekecewaan kepada wakil pendebat MANTAP, barisan ahli MANTAP VII, alumni MANTAP, wakil-wakil NGO serta pengunjung yang telah hadir seawal jam 8 malam di pejabat Invoke di Sungai Besi.
Dakwa Arif, Rafizi dan Invoke bukan sahaja ‘ghaib’ malah pintu pejabat itu juga dikunci rapi sedangkan sebelum ini Naib Presiden PKR itu beria-ria mempelawa pihak MANTAP untuk berdebat.
“Ternyata pihak Invoke hanya berwayang apabila tepat jam 8.30 malam pintu Invoke dikunci rapi, tiada wakil yang turun membuat permohonan maaf dan mereka hanya sekadar membuat tinjauan dari tingkap atas premis,” jelasnya.
Arif menambah, Rafizi dan Invoke sedia maklum mengenai debat bertajuk “Bajet Pakatan Harapan: Memufliskan Negara Seimbang atau Sembang” dan mereka bertegas mahu mengadakan program tersebut di pejabat Invoke Space.
“Bukan sahaja wayang, tapi takut. Ini bukan nak cari siapa menang dan kalah. Ini hanyalah perdebatan untuk mengupas isu semasa. Invoke tak perlu takut. Kita mahu audien berfikir secara matang dengan apa isu yang didebatkan,” katanya.
Rafizi sebelum ini dilihat begitu “berani” kerana sering mengajak beberapa pihak untuk mengadakan debat termasuk dengan Arul Kanda melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sembang mcm gampang..sama la najib tu…sembang blakang gunung pun runtuh..dgn org tua umoq 92 pun dh terkencing..
Good!….nampak sangat kualiti MP pembangkang yang sungguh rendah. Dengan mahasiswa pun tak boleh debat….apa lagi dengan rakyat lain….hehee
Najib x berani hadir NOTHING TO HIDE anjuran PPBM tu pa plk ..bkn pengecut juga knapa macai dedak UMNO x bersuara …? Takut kna sula ke ? Piiirah korang lbih munafik …
Najib x turun apa kesah..dia pun bukan jenis menjaja nama org..bawak keliling kg kutuk fitnah, tabur racun sana sini..
.Hehee En Yusman,…tiada peruntukkan hak perundangan, atau sistem politik kita untuk seorang PM,Najib akur berdebat dengan sesiapa, kecuali diParlimen…1. TunM bukannya YB pun..2. Jika ada sungutan telah disediakan saluran saluran jentera Kerajaan…3. Tajuk tajuk juga perlu yang memberi kebaikan pada rakyat, dan bukan untuk menghina atau menuduh secara awam seorang Ketua Negara….
Piji sotong ketar lutut takut xleh jawab sm mcm kutty x leh jwb isu memali jawapannye mmg x blh belah ‘itu cerita lama hahahha
Mmg betul hipokrit & kaki spin lapiji ni
Dia takut selipo terbang??
RAFIZI RAMLI(P.K.R,)PENGECUT DAN LEMBIK.
Bagitu juga dgn mp umno mana berani bahas dgn budak sekolah .
Sotong mane ada….batu…cakap belakang bole lah…tipu sana sini..kaki fitnah..bula ajak..debat…banyak alasannya…bodoh punya…..sotong…hahahaaa
Putar. Macai mata duitan dap.
Balless Rafizi Ramli
Bacul
Pakar hasut jer debab nih! ?
Soton kreta mcm tu…
Tak percaya Rafizi menikuskan diri dari depat ini.Macam Gobind juga takut bila diterjah oleh rakyat biasa.