30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Rakit Karam: Mangsa ketiga ditemui

rakit-karam-sungai-bekok

BATU PAHAT: Seorang mangsa rakit karam di Sungai Bekok, Yong Peng, dekat sini, ditemui pasukan bomba dan penyelamat jam 8.40 malam tadi selepas enam jam hilang.

Mangsa yang ditemui adalah Mohd Aiman Arif, 10, tahun yang ditemui di bahagian tengah sungai yang mempunyai kedalaman lima meter.


Rakit Karam: Dua Beradik Lemas, Nenek Dan Bapa Saudara Hilang

Dua beradik lemas manakala nenek dan bapa saudara mereka masih hilang selepas rakit yang dinaiki tenggelam akibat terlebih muatan dalam kejadian di Sungai Bekok, Yong Peng, dekat Batu Pahat, Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Mender Singh berkata kejadian di sungai bersebelahan Masjid Yong Peng pada 3 petang itu turut melibatkan enam yang lain, namun, mereka berjaya diselamatkan.

“Dua beradik yang lemas adalah Muhammad Iman Naqiudin Nas Izhar, 2, dan adiknya, Muhammad Ikhwan Nasaruddin Nas Izhar, 10 bulan. Kedua-duanya merupakan anak seorang anggota polis.

“Nenek mereka pula adalah Lana Ismail, 50-an manakala bapa saudara pula adalah, Mohd Aiman Hairaddin, 10 tahun,” katanya yang dihubungi di sini, Sabtu.

Mender berkata kesemua enam mangsa yang terselamat pula adalah Hairaddin Masran, 58, Nor Diana Alisa Hairaddin, 31, Ali Abdul Raman Hairaddin, 28, Junaidah Yang, 28, Siti Farahida Hairaddin, 26, serta Muhamad Ali An-naqi Abdul Raman, 2.

Beliau berkata kesemua 10 mangsa dalam kejadian itu mempunyai hubungan keluarga dan siasatan awal mendapati kesemua mereka menaiki rakit itu untuk melihat ternakan kambing di seberang sungai yang jaraknya lebih kurang 50 meter.

Katanya apabila sampai di pertengahan sungai, rakit itu ditolak arus dan tenggelam kerana muatan terlalu ramai kerana kebiasaan rakit hanya boleh memuatkan tiga orang dewasa.

Menurut Mender, kesemua mereka yang berasal dari Kangkar Bharu, Yong Peng sebelum itu menghadiri satu majlis perkahwinan di Yong Peng dan kemudian berhasrat untuk melihat ternakan kambing selepas majlis berkenaan.

“Mayat kedua beradik berkenaan kini dihantar ke Hospital Sultanah NoraIsmail, Batu Pahat untuk bedah siasat dan usaha mengesan dua lagi yang hilang sedang dilakukan oleh pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ibnul Kasim Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.54 petang.

Beliau berkata tiga anggota bersama sebuah jentera dan bot tiba di lokasi kejadian pada 3.16 petang dan operasi mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang kini sedang dilakukan.-

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan