Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm

Global

All countries
245,904,045
Confirmed
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
All countries
221,134,781
Recovered
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm
All countries
4,990,038
Deaths
Updated on October 28, 2021 17:38 5:38 pm

Najib Seru Rakyat Suarakan Protes terhadap Bersih

Najib merangkap Presiden Umno berucap pada majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, PWTC pada Ahad. Seramai lebih 70 Badan Bukan Kerajaan (NGO) hadir pada majlis tersebut.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu majoriti suara rakyat yang menolak perhimpunan Bersih pada Sabtu supaya tidak berdiam diri.

Malah beliau menggesa rakyat bangkit mengutarakan pendapat masing-masing mengenai tindakan peserta perarakan haram yang menimbulkan suasana huru-hara di ibu negara.

“Sekarang sudah tiba masanya… kita perlu berhenti berdiam diri. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyuarakan pendapat mengenai perhimpunan Bersih.

“Sebagai contoh, anda boleh utarakan komen di laman sosial atau secara talian berhubung perkara ini dan sokongan terhadap kerajaan.

“Namun ia tidak bermaksud pada suatu masa bahawa kita (kerajaan) tidak menjunjung prinsip demokrasi dan undang-undang negara ,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Ahad.

Ribuan orang ramai hadir membanjiri Dewan Merdeka bagi mendengar penjelasan Najib berhubung situasi semasa dan insiden demonstrasi haram pada Sabtu

Ketika mengulas mengenai demonstrasi haram pada Sabtu, Najib berkata, tindakannya menawarkan perhimpunan diadakan di stadium turut dipertikaikan tetapi beliau memutuskan berbuat demikian kerana menghormati sistem demokrasi.

“Tapi saya tidak menawarkan Stadium Merdeka kepada mereka. Mereka boleh berhimpun di stadium di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Stadium Merdeka adalah simbol negara,” katanya.

Menurut beliau, walaupun penganjur menghormati titah Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan pada awalnya, mereka tetap meneruskan perhimpunan kononnya secara aman.

“Mula-mula terima titah nasihat Agong, kata akan batalkan perhimpunan haram, lepas itu pusing balik sebab mereka ini kaki pusing, kata nak buat perarakan aman, kalau polis tak kawal, tak jadi aman.

“Mereka nak tunjuk pada dunia bahawa kita ini kerajaan yang tidak demokratik, tidak hormat pada undang-undang dan hak asasi manusia, jadi tidak hairanlah dia akan sebar dalam Youtube, media antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menggesa rakyat dari pelbagai kaum khususnya orang Melayu supaya bangkit susulan insiden pada Sabtu.

Seramai hampir 6,000 orang membanjiri Dewan Merdeka pada pagi Ahad untuk menghadiri sesi khas bersama Najib yang mejelaskan situasi semasa dan pendirian kerajaan berhubung insiden demonstrasi haram.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021