Ramkarpal sanggah Latheefa: Selepas ini penjenayah dihukum bersalah dalam sidang media

Tindakan Latheefa Koya menyiarkan secara langsung rakaman audio perbualan telefon bekas perdana menteri dan beberapa individu boleh menjurus kepada perbicaraan oleh media terhadap mereka yang terbabit dalam rakaman tersebut.

Sambil menyifatkan pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu sebagai tidak wajar dan amat dikesali, peguam Ramkarpal Singh secara peribadi juga tidak bersetuju dengan intipan perbualan telefon walaupun dibenarkan oleh undang-undang kini.

Katanya, perbuatan mengintip perbualan telefon juga tidak berpelembagaan kerana melanggar hak privasi seseorang.

Mengulas lanjut Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mengakui bahawa semua orang indin tahu mengenai dakwaan-dakwaan di dalam perbualan telefon tersebut dan sama ada mereka bertanggungjawab terhadap sebrang kesalahan.

“Tetapi itu adalah tugas mahkamah bukannya media, atau mana-mana agensi yang menyiasast individu di dalam rakaman tersebut,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Semalam Latheefa memanggil sidang media khas dan memperdengarkan secara langsung sembilan rakaman audio antara lain membabitkan Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa individu termasuk bekas Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Turut dipendengarkan rakaman audio Najib bersama pemimpin dari Emeriah Arab Bersatu dan juga bersama Datin Seri Rosmah Mansor.

Puluhan media tempatan dan antarabangsa hadir pada sidang media tersebut dan menyiarkannya secara langsung di laman Facebook.

Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP itu juga menegaskan adalah menjadi tugas SPRM atau polis menyiasat sama ada sama ada perbualan telefon seumpama itu bukti kepada kesalahanan jenayah dan menyerahkan kepada mahkamah

Beliau turut melahirkan kebimbangan jika trend mendedahkan bukti kepada umum berterusan, maka selepas ini rakyat akan menyaksikan tertuduh kes jenayah dijatuhi hukuman bersalah dalam sidang media dan bukannya di mahkamah.

“Jika terdapat bukti terhadap individu-individu yang terbabit dalam rakaman audio itu, dakwa mereka dan bentangkan rakaman audio itu di mahkamah untuk dijadikan bahan bukti.

“Kesemua tertuduh mempunyai hak untuk mencabar rakaman audio itu dan mahkamah akan menentukan sama ada cabaran tersebut diterima atau sebaliknya,” katanya.

Menurut Ramkarpal, sememangnya kerajaan tidak boleh menunjukajar bagaimana SPRM menguruskan hal ehwalnya sebagai angesi yang bebas, tetap kedaulatan undang-undang mesti dipelihara dan tindakan SPRM semalam bertentangan dengan peraturan itu. –

Sumber: Ramkarpal Facebook