#PRKCameronHighlands: Memalukan! Rejim PH perguna PDRM cipta dongengan baru mengenai Jho Low - pakdin.my

Sampai bila rejim Pakatan Harapan DAP nak memperalatkan PDRM menipu rakyat?. Sempena PRK Cameron Highlands, dongengan Jho Low timbul kembali.

Sebelum ini rejim Pakatan Harapan DAP menggunakan Wall Street Journal memburukkan China kononnya Jho Low menjadi perantara bagi negara tersebut ‘bail-out’ 1MDB. Apabila tak menjadi tukar cerita telah bermesyuarat dengan China dan berhubung dengan Interpol bagi mengesan Jho Low.
BACA sini: WSJ Investigation: China Offered to Bail Out Troubled Malaysian Fund in Return for Deals https://www.wsj.com/articles/how-china-flexes-its-political-muscle-to-expand-power-overseas-11546890449

Sebelum ini PDRM pernah diarahkan rejim PH mengeluarkan kenyataan kononnya telah meminta kerjasama polis Macau mengesan Jho Low yang akhirnya Polis Macau telah memalukan PDRM dengan mengatakan PDRM tidak pernah meminta kerjasama mereka.
BACA sini: Memalukan – Kenyataan media PDRM tak selari fakta, kata polis Macau
https://pakdin.my/memalukan-kenyataan-media-pdrm-tak-selari-fakta-kata-polis-macau/

Selepas dimalukan oleh polis Macau PDRM diarah sekali lagi oleh rejim PH mengeluarkan kenyataan kononnya mereka telah meminta kerjasama Interpol untuk mengesan Jho Low.

Carian di laman web Interpol mendapati Jho Low tiada dalam senarai orang yang dikehendaki oleh Interpol. Sekali lagi PDRM terpaksa menanggung malu kerana arahan rejim Pakatan Harapan.
Jho Low, bapa tiada dalam senarai Interpol – Rejim Mahathir Pembohong
https://pakdin.my/jho-low-bapa-tiada-dalam-senarai-interpol-rejim-mahathir-pembohong/

Yang sebenarnya ini semua adalah pera cina oleh rejim Pakatan Harapan.
Pemburuan Jho Low hanya opera cina Rejim Pakatan Harapan
https://pakdin.my/pemburuan-jho-low-hanya-opera-cina-rejim-pakatan-harapan/

…………………

PDRM, pihak berkuasa China bermesyuarat kesan Jho Low

Polis Diraja Malaysia telah mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa China bagi mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tanpa memberikan butiran mesyuarat itu diadakan, Mohamad Fuzi berkata buat masa ini, Jho Low masih belum ditemui dan usaha mengesannya masih dilakukan.

“Pihak polis juga berhubung dengan Interpol dan statusnya masih sama,” katanya selepas Mesyuarat Peringkat Tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas (10 Jan), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan tetap meneruskan usaha mencari ahli perniagaan terbabit walaupun sukar.

Jho Low, yang dikenal pasti oleh penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai watak utama dalam skandal berbilion dolar 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipercayai melarikan diri daripada ditahan di Hong Kong ke pulau berdekatan dengan Macau. ― Bernama

UTAMAPOLITIK#PRKCameronHighlands: Memalukan! Rejim PH perguna PDRM cipta dongengan baru mengenai Jho Low

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium