Remaja Maut Motorsikal Hilang Kawalan Sebelum Terbabas Di Jalan Pahang/Jalan Tuanku Abdul Rahman - pakdin.my

Muhammad Ariff Haziq Bustami, 16 tahun
Muhammad Ariff Haziq Bustami, 16 tahun

Rintihan kasih seorang ibu ketika memeluk mayat anaknya yang terbujur kaku setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya, di Jalan Pahang siang tadi, membuat orang ramai yang berada di lokasi, sebak.

Lebih menyayat hati, apabila si ibu, Ermawati Rahmat yang berusia 52 tahun, mencium jenazah anaknya yang berlumuran darah.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi, di Jalan Pahang menghala ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, berhadapan Institut Penyelidikan Perubatan di ibu negara.

Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sehingga menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter.

Mangsa Muhammad Ariff Haziq Bustami, 16 tahun, dari Taman Selayang, Batu Caves, maut di tempat kejadian.

Mangsa adalah pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.

Seorang lagi rakannya yang mengekori dari belakang pula gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.

Dia yang yang cedera parah, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UTAMABERITARemaja Maut Motorsikal Hilang Kawalan Sebelum Terbabas Di Jalan Pahang/Jalan Tuanku...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium