28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Roket Buatan Sendiri Jatuh Di Ruang Tamu Rumah Penduduk Di Narathiwat

pelancad-roket-buatan-sendiri-thailand

NARATHIWAT — Sebutir roket buatan sendiri jatuh di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Gajah Mati, Bachok di sini tidak lama selepas ia dilancarkan oleh pihak tidak dikenali di wilayah bergolak selatan Thailand itu.

Ketua Polis Daerah Bachok Kolonel Polis Patta Madawa berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12.30 tengah malam semalam tetapi polis hanya mula melakukan siasatan pagi tadi.

Beliau berkata unit pemusnah bom mengambil masa 10 minit untuk memindahkan keluar roket buatan sendiri itu dari rumah berkenaan untuk dimusnahkan di sebuah padang bola sepak berhampiran.

“Roket buatan sendiri itu seberat 10kg turut diisi dengan bebola besi,” katanya pada pemberita Jumaat.

Beliau berkata pihak keselamatan turut menemui tapak pelancaran roket itu serta peralatannya.

Menurut Patta, pelancar roket buatan sendiri itu diperbuat daripada paip PVC dan terletak di dalam tanah digali kira-kira satu meter dari permukaan serta diaktifkan menggunakan wayar.

Polis, menurutnya, percaya pelancaran roket buatan sendiri semalam itu dilakukan pihak tertentu untuk menguji keberkesanan senjata terbabit, malangnya ia terjatuh di rumah penduduk kampung.

Penduduk kampung terbabit bernasib baik kerana roket buatan sendiri itu tidak meletup, kata beliau.

Kejadian semalam itu menyusuli penemuan sebutir roket buatan sendiri pada 28 Jan di kawasan Nongchik, Pattani yang dipercayai menyasarkan Kem Ingkayuthaborihan dan lapangan terbang milik tentera di kawasan tersebut.

Pasukan keselamatan Thai percaya roket buatan sendiri bakal menjadi ancaman baharu kepada penempatan-penempatan pasukan tentera termasuk kem dan markasnya di wilayah konflik selatan negara itu.

Baru-baru ini, sebuah daripada kumpulan pembebasan di Pattani memberi amaran menerusi kenyataan bahawa mereka bakal menyerang kem-kem pasukan keselamatan Thai di selatan Thai menggunakan ‘peluru berpandu’ bersempena sambutan ulang tahun ke-48.

Barisan Pembebasan Pattani Bersatu juga meminta orang awam tidak mendekati kem-kem dan penempatan pasukan keselamatan Thai.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan