25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Saman DoJ konspirasi untuk serang kerajaan Malaysia – Peguam Australia

quintin-g-rozario-konspirasi-doj

Saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset yang diperolehi melalui dana yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi pembohongan untuk menyerang kerajaan Malaysia, kata seorang peguam litigasi.

Peguam kelahiran Malaysia, Quintin G Rozario, yang berpusat di Brisbane, Australia, juga menuduh Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch membuli kerajaan.

DoJ tarik balik sekatan “Ini membuli, apa yang dia (Lynch) lakukan adalah membuli. Saya menyatakan bahawa ini adalah konspirasi pembohongan untuk menyerang negara,” kata beliau dalam perbincangan meja bulat mengenai saman itu di sebuah hotel di ibu negara, Isnin.

Beliau berkata, jika DoJ mahu menyita aset, ada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian di Amerika Syarikat, dan beliau tidak sepatutnya membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Rozario berkata, tiada bukti mengenai salah guna dana 1MDB seperti didakwa dalam saman yang difailkan baru-baru ini.

“Mereka hanya membuat kenyataan secara berani. Tiada bukti. Mereka telah menyerang orang tertentu dan membuat dakwaan tanpa menyemak fakta.” katanya.

Rozario, yang berkata beliau menghadiri perbincangan itu secara sukarela dan tidak dibayar, mencabar DoJ untuk membuktikan dakwaannya dengan mengemukakan bukti.

“Saya sentiasa berpegang kepada pendapat bahawa sesiapa yang membuat tuduhan atau dakwaan, sama ada di sini atau di Australia, lebih baik mendapatkan bukti, atau bukti yang boleh diterima, bukan sekadar cakap-cakap di kedai kopi. Anda perlu membuktikannya kerana jika tidak anda memfitnah orang yang anda sebut,” katanya.

Beliau berkata, tiada siapa berhak untuk mencampuri hal ehwal sesebuah negara, dan semua perlu menghormati kedaulatannya.

Yang turut menyertai perbincangan itu ialah Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan peguambela dan peguamcara Noorhajran Mohd Noor.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan