Saya Akan Kerjasama Dengan Shahrizat Demi Kemenangan BN Pada PRU-13 – Kamilia - pakdin.my

Kamilia Ibrahim.

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim bersetuju untuk berkerjasama dengan ketua sayap itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Kenyataan saya sebelum ini (menggesa Shahrizat letak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno) berlandaskan apa yang saya dapat daripada akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat padaPerhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Presiden Umno juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib pada Jumaat memberitahu bahawa Shahrizat terus kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap itu.

Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan menteri selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Pengunduran itu berikutan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

UTAMABERITASaya Akan Kerjasama Dengan Shahrizat Demi Kemenangan BN Pada PRU-13 - Kamilia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium